sakmongkol.blogspot.
Hari
hari pemimpin UMNO pekik sana dan sini, merekalah pejuang Melayu. PM pun sendiri
tidak jemu2 menyebut bahawa dia dengar keluhan rakyat. Kepada pengakuan
demikian, kita bolehlah menjawab, orang lain pun mendengar jugak. Soalnya, PM
dengar apa dia hendak buat?
Isiu
pokok negara kita hari ini ialah kepimpinan. Saya tidak tahu apa lagi yang kita
mahu cakapkan- PM yang kita ada ini jadi MP sejak tahun 1976 lagi. Dah jadi
timbalan menteri, menteri, duduk dibawah 3 PM, jadi TPM dan akhirnya jadi PM
masih tidak membentuk jatidiri kepimpinan yang tersendiri dan kebijaksanaan
seorang negarawan. Inilah PM Malaysia yang menyandarkan semua keputusan kepada
rumusan consultants. Sejak tahun 2009, kerajaan nya belanja RM7.2 billion untuk
khidmat pakar runding. Tidak juga ekonomi Malaysia jadi lebih baik.
Kerajaan
pimpinan DS Najib menjahanamkan masa depan negara. Habislah harta negara ini
dijual. Dan pajakan kerajaan dijadikan cagaran pinjaman. Ini yang disebut oleh
YB Rafizi Ramli yang memetik Lapuran Bank Dunia: Malaysia Economic Monitor,
December 2013 ms 10. Lapuran itu menyebut dibawah kepala tajuk:-
Fiscal and monetary policies still accommodative but shifting to neutral
Fiscal and monetary policies still accommodative but shifting to neutral
The
Federal government moves more decisively towards fiscal consolidation
15. The government is expected to meet its headline
deficit target for 2013 as additional non-tax collections offset higher
expenditures on subsidies
Despite estimated operating (current) expenditures
exceeding their budgeted 2013 allocations by RM 14.3billion (7.1percent) and
slightly worse GDP growth compared to the previous year’s forecast, the
government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0 percent of GDP
vs. 4.5 percent in 2012).
This target will be achieved through additional tax
revenues(Figure 13). Of the additional RM11.8billion in revenues expected to be
raised compared to budgeted estimates, RM7.4billion originated from non-tax
sources, including M1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2
billion from the securitization of government mortgages. Moreover, the government
has also continued to underspend on development expenditure.
Jadi
ini
rupa nya kerja kau orang ya- belakang rakyat, harta kepunyaan negara
dijual
dan pajakan kepada kerajaan dijadikan gadaian. Depan orang bukan main
lagi bersyarah mengenai kepimpinan yang terbaik untuk bangsa Melayu.
Inilah
kerajaan yang cakap besar mengenai menepati janji dan belanja berhemah yakni
belanja mengikut kemampuan. Mak bapak kita dahulu kalau takde duit jual itik
ayam, kerbau lembu dan gadai tanah dan harta benda lain pada chettiar.
Setelah
56 tahun merdeka, kerajaan UMNO pun buat perkara yang lebih kurang sama-menandakan
betapa merudum sekali kualiti kepimpinan negara ini. This is a country with mediocre leadership.
Harta
benda rakyat ini dijual kepada negara asing atau kepada rakyat sendiri? Perbuatan
ini adakah sah disisi undang2 atau tidak? Constitutional atau tidak? Penjualan asset
negara tidak boleh dilakukan oleh kerajaan DS Najib tanpa melanggar undang2 dan
kebenaran mesti diperolehi dari parlimen. Penjualan asset tidak pernah dibentangkan
dalam parlimen. Jka demikian, kerajaan telah menyembunyikan penjualan asset
negara.
Rupa2
nya kerajaan yang tidak berkualiti kepimpinan nya ini dalam senyap2 telah menjual
dan bergadai untuk menutup lubang deficit yang mereka sendri ujudkan.
Bagaimana
kita mahu meletakkan masa depan negara dalam tangan kepimpinan mediocre ini? Ini
bukan soal cina nak ambil kuasa Melayu, Melayu hilang kuasa atau tidak, raja2
Melayu dinyahkan, atau isiu agama Islam Melayu diancam. Ini ialah isiu
kepimpinan negara- nokhtah.
Janganlah
kita terus menyokong kepimpinan UMNO membabi buta hanya semata mata pemimpin
nya sebangsa dengan kita. Orang UMNO sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa
hanya DS Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyidin sahaja
yang layak, atau Hishamudin sahaja atau
mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara. Jika
pemimpn ini ditukar yang mengganti nya tetap juga Melayu. Janganlah orang
Melayu memikirkan bahawa Melayu dari perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan
mentadbir negara dengan lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan