HALAMAN SANTAI

Khamis, 12 Disember 2013

Jabatan Kesihatan Melaka Nafi Pegawai Awam PDRM Meninggal Dunia Akibat Kencing Tikus

 MSTAR ONLINE
 
 
MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka pada Khamis menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa pegawai awam wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah meninggal dunia di sini pada Selasa lepas akibat jangkitan kencing tikus atau Leptospirosis.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka Dr Ismail Ali berkata orang ramai tidak sepatutnya percaya dengan apa-apa maklumat yang bukan daripada sumber rasmi Kementerian Kesihatan.

Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih sebelum bertindak menyebarkan maklumat yang mereka perolehi.

"Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan tentang sebab kematian pegawai tersebut dan orang ramai tidak sepatutnya percaya dengan khabar angin yang tersebar melalui media sosial atau medium lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Pada Rabu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S. Jeyaindran mengesahkan pegawai itu meninggal dunia kerana komplikasi daripada penyakit Tiroid. - BERNAMA

Tiada ulasan: