KUALA LUMPUR - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Malaysia pada peringkat permulaan seperti "orang sakit mengambil ubat".
Pengarah Bahagian Cukai Dalam Negeri Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Subramaniam Tholasy berkata, orang sakit perlu mengambil ubat untuk kesihatan dalam jangka masa yang panjang, ia juga seperti GST.
Bagaimanapun, Subramaniam berkata, GST bukan hanya dilihat dari sudut kenaikan harga barang, namun dari perspektif juga di mana ia perlu dilaksanakan segera untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju.
"Buat sementara GST ini ialah macam orang sakit yang mengambil ubat untuk kesihatan.
"Ada orang cakap sekarang masa tak sesuai, saya cakap memang tak sesuai sebab kita patut laksanakan 10 atau dua puluh tahun dulu.
"Sebenarnya GST ini untuk jadikan sistem cukai lebih telus supaya rakyat atau pengguna tahu berapa jumlah cukai yang dia bayar.
"Oleh itu jangan lihat GST hanya harga barang naik, tapi ia untuk kemajuan negara," katanya dalam Persidangan Meja Bulat GST: Apa Pandangan Belia?, di Pusat Belia Antarabangsa, di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan