Jikalau dahulu ramalan dan khabar angin,
sekarang ini ia bakal menjadi realiti tidak lama lagi. Tanggal 1
Januari 2014, tarif elektrik akan naik seperti yang diumumkan (DI SINI)
melibatkan Semenanjung Malaysia, Sabah & Labuan. Hutang dan kos
perbelanjaan yang meningkat oleh kerajaan hanya diuruskan dnegan cara…
- Meletakkan beban kenaikan tarif elekrik naik kepada anda semua di sini
- Bukannya menguruskan kewangan negara dengan lebih cekap dan bertanggungjawab, mengelakkan wang rakyat daripada terus bocor
Menteri mengatakan baru-baru kenaikan
tarif elektrik naik baru-baru ini tidak membebankan pengguna isi rumah
yang menggunakan kurang daripada 300 kWh.
Benarkah. Realitinya…jikalau disemak
lebih teliti ya memang benar pengguna isi rumah menggunakan kurang
daripada 300 kWj tidak akan menyaksikan kenaikan 15% dari bulan depan.
Sangat tepat!
Kenaikan Tarif Elektrik 2014 Naik : Kesan Domino Kepada Rakyat?
Tetapi, apabila Berita Semasa melihatkan pengguna komersial akan menerima purata peningkatan tarif elektrik 16.85%(sekitar 1.2 hingga 18%) dan juga pengguna industri menerima peningkatan antara 0.9% kepada kira-kira 17 %, dengan purata kos elektrik tambahan 16.85 %-19%.
Kenaikan kos tarif elektrik pemain
industri dan komersial, siapa akan tanggung adakah mereka begitu baik
hati untuk menyerapnya atau pengguna seperti anda sendiri yang akan
menanggungnya?
Bagaiman kesan domino harga barang dan
kos sara hidup di Malaysia selepas ini? Seperti biasa, implikasi kos
operasi yang lebih tinggi perniagaan hanya boleh membawa maksud satu
perkara: harga barang akan dinaikkan untuk pegguna selepas ini.
- Lihat sahaja kenaikan harga minyak 20 sen September 2013, menyaksikan harga makanan melonjak sekurang-kurangnya 0.1%. Kerajaan larang untuk naikkan harga. Mereka ikut dan patut dengan arahan? Berkesan?
- Nampaknya kerajaan Malaysia dilihat lebih suka untuk memotong subsidi berbanding melihat sendiri isiu pengurusan kewangan negara itu sendiri terlebih dahulu.
Namun
ia seolah-olah kerajaan lebih suka memotong subsidi sebelum mempunyai
melihat keras isu-isu pengurusan kewangan sendiri. Bertambah malang
lagi, persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Penyelidikan ( AWER ) pernah
mengatakan purata kecekapan stesen janakuasa IPP yang sedia ada di
Malaysia hanya sekitar 40 % sahaja berbanding dengan 60% yang boleh
dicapai dengan pembinaan semula stesen janakuasa yang baru untuk tempoh
3-5 tahun daripada sekarang. Ini bermakna rakyat Malaysia terus membayar
ketidakcekapan IPP, dengan hanya serendah 40% sahaja.
Hakikatnya, TNB dipersalahkan dalam hal ini. Sedangkan TNB hanya bertaraf budak suruhan sahaja.
Keputusan menaikkan tarif elektrik bukannya dipihak TNB tetapi kerajaan
Malaysia. TNB dimiliki kerajaan Malaysia melalui agensi kerajaan
seperti Khazanah Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP dan
Permodalan Nasional Bhd atau PNB.
Tarif Elektrik : IPP VS TNB VS Petronas?
Ketika awal-awal penubuhan TNB sekitar 90an, kerajaan Malaysia berjanji untuk memperkenalkan formula :
- Setiap kali berlaku kenaikan kos bahanapi
- kenaikan kos tersebut akan dilepaskan semula kepada pengguna setia mereka seperti anda, anda di sini
Tetapi apabila muncul sahaja IPP,
formula tersebut telah diubahsuai supaya IPP mendapat pulangan &
terus mendapat jaminan kerajaan :
- IPP dapat membeli gas di bawah harga pasaran. Mereka inilah antara yang banyak menerima subsidi tenaga selama ini. (SUMBER DI SINI)
- Menjual tarif elektrik kepada TNB pada nilai yang tinggi
- Ini contoh skim cepat kaya yang diidamkan oleh taikun-taikun kaya di Malaysia
Melihatkan beban kos yang meningkat yang
dialami TNB, tetapi dalam pada masa yang sama kenaikan tarif elektrik
naik tidak dibenarkan memang suasana politik cukup panas sebelum ini
menjelang tempoh pilihan raya.
Akhirnya, saham TNB terjejas teruk.
Nah….apabila sekarang dilihat tempoh yang sesuai untuk mengumumkan
kenaikan tarif elektrik naik 2014, ia memberikan peluang TNB memperolehi
RM7 bilion dan menjadikan pasaran penarafan semula meningkat kepada
RM60 bilion yang pastinya melagakan dan memberikan manfaat kepada
kerajaan, PNB, KWSP secara tidak langsung.
Apa pendapat dan hujah anda
pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan