HALAMAN SANTAI

Isnin, 9 Disember 2013

Kenapa Najib masih tak siasat Peguam Negara?

KEADILAN DAILY



SEBERANG JAYA: Masih tidak ada siasatan ke atas Tan Sri Abdul Gani Patail, meskipun puluhan laporan polis dibuat berhubung pendedahan pemindahan wang ke akaun milik Peguam Negara (AG) itu di Hong Kong.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut untuk menyiasat AG setelah salah lakunya didedahkan.

drwanazizah

“Najib sepatutnya berani menyiasat segera pelbagai tuduhan salah laku Peguam Negara.
“Kerajaan jangan takut mendakwa sekiranya terbukti berlaku penyelewengan membabitkan kedudukan negara,” kata Dr Wan Azizah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Keadilandaily selepas menyampaikan sumbangan peralatan sekolah di Taman Siakap, Seberang Jaya semalam.

Bekas Ketua Jabatan Siatasan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim dalam perakuan sumpahnya 7 Oktober lalu mendedahkan, negara mungkin dipengaruhi agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat AG.

Gani didedahkan sengaja tidak mengemukakan keterangan penting dalam perbicaraan kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2007 sehingga menyebabkan kehilangan pulau itu kepada Singapura.

Perakuan sumpah Mat Zain turut menyatakan, Gani telah menerima rasuah yang dimasukkan ke dalam akaunnya di Hong Kong.

“Pengkhianatan terhadap kedaulatan negara dalam isu Pulau Batu Puteh mesti segera di siasat,” tegas Wan Azizah.

Tiada ulasan: