MSTAR ONLINE
PUTRAJAYA: Semua pegawai penguat kuasa jabatan
agama Islam perlu diberikan latihan kepolisan dan pengendalian senjata
api sebagai langkah mempertahankan diri daripada sebarang ancaman.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustaphaberkata, adalah wajar mereka dibenar menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri walaupun tugas menjaga senjata api itu berat.
Beliau berkata, demi keselamatan para penguat kuasa agama, perkara itu harusdiperhalusi semua pihak berkaitan.
Sehubungan itu, beliau meminta semua Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri mempertimbang perkara itu kerana tugas penguat kuasa agama turut berhadapan dengan risiko.
"Namun, (ini bergantung kepada) kemampuan dan kesediaan negeri (Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri) untuk melaksanakannya kerana ia berada di bawah bidang kuasa negeri," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini, Rabu.
Beliau diminta mengulas kejadian bunuh Ketua Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Ab Malek, 49, pada November lepas.
Susulan kejadian itu, Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom mencadangkan supaya anggota penguat kuasa jabatan agama perlu dibekalkan senjata api ketika melakukan operasi. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan