HALAMAN SANTAI

Selasa, 17 Disember 2013

Lebih 40,000 bantahan, DBKL mesti batal kenaikan cukai

Ainudin Othman

Nurul Izzah bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan borang bantahan kenaikan cukai di bangunan DBKL
Nurul Izzah bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan borang bantahan kenaikan cukai di bangunan DBKL


KUALA LUMPUR -Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendesak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib membatalkan kenaikan cukai pintu Kuala Lumpur sehingga semua proses undang-undang selesai.

“Tolong batalkan arahan ini sehingga mereka mendengar semua bantahan dan proses pendengaran,” kata Nurul Izzah kepada pemberita selepas menyerahkan borang bantahan penduduk kepada DBKL.

Beliau kesal kenaikan diputuskan Datuk Bandar sewenang-wenangnya walaupun sebelum ini memberi jaminan tiada kenaikan cukai.

“Tahun lepas beliau dengan bangganya mengatakan kutipan cukai adalah yang tertinggi dan tiada keperluan untuk mereka menaikkan cukai. Terangkan kepada kami kewajaran menaikkan cukai ini.
“Mengapa dalam tempoh tidak sampai setahun beliau mengubah fikiran?” soal Izzah.

DEMO_DBKL

“Kenaikan ini mengejutkan warga kota yang majoritinya mempunyai pendapatan rendah,” tambahnya.

Menurut Nurul Izzah, lebih 40,000 borang bantahan dihantar melalui ahli parlimen parlimen Pakatan Rakyat setakat ini.

“Mengikut undang-undang, pihak kami perlu dipanggil untuk sesi pendengaran, Setiap rakyat yang mereka panggil untuk pendengaran, rakyat perlu tahu.

“Kita sudah ada perbincangan sebelum ini. Sekarang kita mahukan keterbukaan maklum balas daripada Datuk Bandar sendiri.

Tiada ulasan: