Abdul Rahman Firdaus
KUANTAN: Mahasiswa ataupun golongan belia adalah asset negara. Mereka adalah tempat penilaian sejauh mana kualiti sesebuah negara itu pada masa hadapan. Kini, negara kita telah dilanda krisis bencana alam yang sungguh dahsyat sehingga dilaporkan kematian khususnya di negeri Pahang.
Tahukah anda lebih 40,000 mangsa banjir yang dilaporkan terpaksa di pusat pemindahan di Pahang? Kita juga dapat lihat sumbangan-sumbangan daripada parti pihak kerajaan mahupun pembangkang dalam isu ini. Persoalannya, dimanakah sumbangan mahasiswa dalam isu ini?
Disebalik kegelutan tersebut, Mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan (UIAMK) telahpun memberikan bantuan tenaga dan kewangan sejak pada hari rabu yang lepas. Kini, di bawah Majlis Perwakilan Pelajar UIAM, Kuantan (MPPUIAMK), mereka telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama IIUM Kuantan Flood Relief pada hujung minggu lalu. Terdapat empat program yang dijalankan sepanjang program tersebut:
1. Derma Kilat
MPPUIAMK dengan kerjasama semua persatuan dan jawatankuasa kolej kediaman telah berjaya untuk menggerakkan derma kilat di setiap kelas dan bilik termasuk masjid UIAMK. Kami berjaya mengumpulkan lebih RM 5,000 hasil sumbangan pelajar. Kami juga membuka ruang kepada pelajar yang ingin menyumbang dari sudut material seperti baju, seluar, cadar, selimut, tudung dsb. Sumbangan di dalam bentuk wang ini akan digunakan untuk membeli bahan makanan dan makanan kering untuk disediakan kepada mangsa banjir.
2. Bilik gerakan banjir dan Pusat pemulihan banjir
Dibawah aktiviti ini kami menyediakan sebanyak 2 buah kelas bertempat di Pusat Hentian Pelajar@One Stop Center(OSC) yang memuatkan sebanyak 12 keluarga daripada mangsa banjir. Bilik gerakan banjir akan menjadi pusat pelajar bertujuan sebagai :
i.Pusat perhubungan pelajar dengan jawatan kuasa pusat-pusat banjir sekitar kuanta
Hasil mesyuarat bersama MBP dan para pentadbir UIAM Kuantan, lebih 11 kawasan telah dikenal pasti yang memerlukan bantuan kecemasan.
ii. Pusat pengumpulan sumbangan pelajar disudut material dan kewangan.
Barang-barang yang telah disumbangkan oleh pelajar akan dibahagikan kepada barang kanak-kanak, dewasa, tudung, selimut dan cadar.
iii. Pusat informasi dan maklumat
Bilik ini juga digunakan untuk memberi maklumat tentang selok belok jalan di kuantan ini serta maklumat tentang keadaan di pusat pemulihan banjir bagi memudahkan pelajar-pelajar yang ingin membantu mangsa banjir dengan menaiki kenderaan sendiri. Melalui pusat ini, mereka mengagihkan tenaga kerja ke kawasan yang memerlukan bantuan.
3. Outreach
Melalui kerjasama MBP tadi, MPPUIAMK akan menyediakan 2 buah bas yang akan bergerak ke pusat pemulihan banjir di sekitar Kuantan. Outreach ini akan dijalankan selama 2 hari melalui kerjasama MBP ini. Alhamdulillah, Kami telah menerima sebanyak 112 pelajar yang bersedia menjadi sukarelawan untuk program ini. Antara kawasan yang telah dikenal pasti tersebut adalah di Sekolah Jenik Kebangsaan Chung Ching, Sekolah Kebangsaan Belukar, Maahad Darul Fikri, Chendering, Sekolah Kebangsaan Panglima Perang dan Sungai Isap.
4. Penyediaan makanan
Proses penyediaan makanan ini akan dikendalikan oleh pelajar UIAMK yang mengambil kursus dietetic@pemakanan. Proses ini akan dijalankan di bangunan Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu. Proses seperti memasak, membungkus dan memindahkan makanan-makanan telah dijalankan oleh pelajar-pelajar UIAM tahun dua dan tiga kuliyyah dietetic. Dengan kerjasama semua pelajar, kami telah Berjaya menyediakan 500 set makanan untuk tengahari dan 300 set makanan pada malamnya untuk dibahagikan kepada semua kawasan yang terpilih.
Sekiranya anda berminat untuk memberi sumbangan untuk program kami anda boleh bank inkan kepada nombor akaun Bank Muamalat IIUM KUANTAN iaitu 06010002738719.
Petugas menyediakan makanan untuk mangsa banjir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan