"We are fighting for a society where people will cease thinking in terms of colour." (8 Mac 1993) - Mendiang Nelson Mandela (bawah)
Pada
November yang lalu, bekas naib canselor Universiti Malaya Tan Sri Dr
Ghauth Jasmon berkata di Persidangan Asia Barat dan Afrika, di Kuala
Lumpur, bahawa isu perkauman digunakan oleh sesetengah ahli politik di
Malaysia bagi melindungi kegiatan rasuah yang dilakukan pemimpin
terbabit.
Saya tertarik dengan kata-kata
beliau memandangkan di Malaysia terdapat satu gabungan parti politik
yang masih mengamalkan politik perkauman dan gabungan ini berada di
posisi di mana rasuah boleh berlaku secara berleluasa.
Apabila
seorang cendekiawan memberi komen sedemikian, kita pastinya
tertanya-tanya apakah yang beliau tahu, dan ingin mengetahui secara
lanjut apa yang dimaksudkan oleh Ghauth?
Sejauh manakah dan apakah contoh-contoh sifat perkauman dan kegiatan rasuah berkait di negara ini?
Topeng-topeng rasuah
Sejauh manakah dan apakah contoh-contoh sifat perkauman dan kegiatan rasuah berkait di negara ini?
Topeng-topeng rasuah
Ghauth (bawah)
juga berkata: "Jika negara dipenuhi dengan pemimpin rasuah, mereka akan
menggunakan isu perkauman untuk melindungi kesalahan bagi menarik
perhatian."
Adakah dengan terus mempromosikan sifat perkauman yang semakin menebal, semakin tersoroklah kegiatan rasuah yang berleluasa?
Dan mereka bukannya membantu atau memperkasakan sesuatu kaum tersebut seperti yang dikatakan, sebaliknya menghancurkan negara kita yang tercinta ini.
Kita
terpaksa akui bahawa masalah perkauman sememangnya wujud di Malaysia,
tetapi apa yang menyedihkan, kita masih mempunyai pemimpin-pemimpin yang
menyokong isu tersebut dan bukannya membantu menyelesaikannya.
Adakah
dengan masih wujudnya sifat perkauman di Malaysia ini, yang
dipraktikkan oleh sesetengah ahli politik dan pemimpin negara sendiri,
menyumbang kepada kemerosotan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2013
Transparency International yang diterbitkan beberapa hari yang lalu?
Indeks ini merupakan satu peringatan kepada salah guna kuasa, perundingan rahsia dan kegiatan rasuah yang berlaku di seluruh dunia.
Resipi kehancuran
Malaysia berada di tangga ke-53 dengan markah 50, di mana markah 100 menunjukkan paling bersih dan 0 menunjukkan tahap korupsi tertinggi.
Singapura berada di tangga ke-5 dengan markah 86, Hong Kong di tangga ke-15 dengan markah 75, Taiwan dan Israel di tangga ke-36 dengan masing-masing markah 61.
Indeks ini merupakan satu peringatan kepada salah guna kuasa, perundingan rahsia dan kegiatan rasuah yang berlaku di seluruh dunia.
Resipi kehancuran
Malaysia berada di tangga ke-53 dengan markah 50, di mana markah 100 menunjukkan paling bersih dan 0 menunjukkan tahap korupsi tertinggi.
Singapura berada di tangga ke-5 dengan markah 86, Hong Kong di tangga ke-15 dengan markah 75, Taiwan dan Israel di tangga ke-36 dengan masing-masing markah 61.
Rakyat Malaysia tidak harus lagi tertipu
dengan agenda perkauman yang hanya akan membawa kepada kehancuran negara
kerana pejuang-pejuang perkauman ini hanya melindungi kepentingan
mereka bukannya memperkasakan sesuatu kaum itu sendiri.
Wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir (kanan) menceritakan pengalaman beliau 'ditikam' oleh kaum lain ketika pilihan raya umum lalu dalam perbahasan ucapan dasar presiden, semalam.
Ghauth Jasmon berkata: "Jika negara dipenuhi ahli politik yang rasuah, ia adalah resipi kehancuran."
Saya
juga percaya jika negara berbilang kaum ini dipenuhi ahli politik dan
pemimpin yang bersifat perkauman, ia juga satu resipi kehancuran.
Sebagai
rakyat Malaysia, kita seharusnya menolak politik perkauman dan perlu
sama-sama bersatu membina impian Malaysia dan bukannya hanya melihat
kepada perbezaan warna kulit atau mencari sebab untuk membenci satu sama
lain.
Malaysia adalah tanah tumpah darah kita semua.
Malaysia adalah tanah tumpah darah kita semua.
DYANA SOFYA MOHD DAUD setiausaha politik kepada ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan