TIdak munasabah UMNO yang
berbentuk dan bercirikan hari ini boleh diyakini sebagai parti yang membina dan
mempertahankan kedudukan orang Melayu dalam kehidupan siasah dan bernegara. Apa yang disebut olah Najib yang Melayu akan
tiada jika UMNO tiada, itu adalah satu isu yang perlu dibahaskan oleh semua
rakyat kerana itu adalah pandangan yang amat menyesatkan.
Najib seolah-olah hendak
menguatkan kata-kata yang Melayu tidak akan hilang di dunia ini jika UMNO masih
berkuasa dalam kerajaan dan politik negara. Sebenarnya keadaan melayu semakin
tidak terjamin jika UMNO masih dipimpin oleh pemimpin sekarang ini. Bagi saya,
yang saya nampak ialah Melayu akan hilang dunianya jika masih memberikan mandat
kepada pimpinan dan barisan yang ada pada hari ini.
Saya menyebut tadi dengan jelas,
UMNO yang ada hari ini tidak akan membina orang Melayu, jauh sekali untuk
mempertahankan Melayu dari menjadi bangsa yang dhaif suatu hari nanti. Kalau di
umpukkan kepada UMNO dan kepimpinan dahulu, ia mungkin memberi makna dan diterima
baik. UMNO semakin hari semakin mendhaifkan bangsa melayu sehinggakan Melayu
sudah menjadi bangsa yang sangat keliru dan tidak lagi tahu untuk mengenali
yang mana baik dan mana yang buruk.
Jika masih tidak disedari ramai
terutamanya kepada kepimpinannya, melayu akan hilang segala identiti sebagai
bangsa yang bertambah maju tetapi sebaliknya menjadi bangsa yang semakin hari
semakin mundur. UMNO, lebih-lebih lagi kepimpinan atasannya tidak nampak
tanda-tanda yang mereka memahami apa yang dimaksudkan maju atau mundurnya
sesuatu bangsa itu.
Kemunduran yang kian hari dialami
secara tidak sedar oleh orang Melayu ialah mundur dalam semua bidang kehidupan,
termasuk dalam pemikiran dan nilai agama mereka serta persepsi mereka terhadap
kehidupan secara keseluruhannya. Pimpinan utama UMNO berkata seolah-olah tidak
ada agama, tidak ada bangsa, dan tidak ada sesuatu kepada bangsa kita masa
sekarang dan masa hadapan jika UMNO tidak terus menjadi kerajaan.
UMNO sepatutnya sedar yang orang
ramai perjuangkan ini ialah untuk mempertahankan serta menambah apa yang ada
kerana UMNO sudah tidak boleh diyakini mampu untuk memperjuangkan mereka lagi.
Itulah yang membuatkan keadaan yang tegang dikalangan rakyat dan juga
dikalangan pemimpin dan ahli ahli UMNO sendiri. UMNO tidak layak lagi diyakini untuk
meningkatkan kedudukan orang melayu, Islam dan semua yang lain kerana pimpinan
utama dan diperingkat yang lain sudah hilang punca dalam kemelaratan dan
kefakiran jiwa.
Meletakkan UMNO lebih tinggi dari
agama itu merupakan satu pemikiran dan nilai yang sangat jauh tersasar tidak
dapat diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai kemanusiaan yang beragama. Sebenarnya
agama itulah yang boleh menyelamatkan UMNO, bukannya UMNO menjadi penyelamat
kepada agama. Islam itu selamat tanpa UMNO dan Islam telah berkembang sejak
lebih dari 1400 tahun dahulu semasa UMNO tidak wujud lagi.
Islam berkembang begitu
menyemarak sekarang ini walaupun di negara-negara barat yang bukannya negara
Islam pun. Islam itu bukannya tuntutan untuk orang Melayu dan penyokong UMNO
sahaja. Tetapi tindakan pimpinan UMNO untuk mencuba menakut-nakutkan kita yang
agama Islam itu akan hancur tanpa UMNO adalah satu kata-kata yang mencemari
agama termasuk Junjungan Besar Muhammad saw.
Kita memahami keadaan yang UMNO
memerlukan segala-gala peluang dan kesempatan untuk memperbaiki persepsi buruk
rakyat terhadap parti itu sekarang. UMNO khususnya pimpinannya perlu mencari
tempat bergantung dan berusaha untuk membina kembali keyakinan ramai
terhadapnya yang telah merudum dengan derasnya. Jangan dipergunakan agama dalam
politik UMNO itu, kerana sebenarnya pimpinan UMNO itu yang memerlukan agama,
bukannya agama Islam itu yang memerlukan UMNO.
Bagaimana UMNO hendak menjadi penyelamat kepada agama kerana pimpinan dan parti itu telah melanggar segala syariat dan hukum agama. Bagaimana penceroboh kepada syariat Islam hendak menyelamatkan Islam?
Bagaimana UMNO hendak menjadi penyelamat kepada agama kerana pimpinan dan parti itu telah melanggar segala syariat dan hukum agama. Bagaimana penceroboh kepada syariat Islam hendak menyelamatkan Islam?
Tetapi carilah isu dan jalan yang
rasional dan tidak mencari peluang dengan mengambil apa sahaja isu yang boleh
menambah rasa jemu ramai terhadapnya. Pimpinan mesti mempunyai sedikit
kecerdikan dan janganlah sampai memuji isteri yang dipersoalkan ramai itu
dengan memberitahu segala apa yang dilakukannya yang boleh dianggap sebagai
sumbangan terhadap negara.
Sedangkan Muhammad saw pun tidak
memuji Khadijah dalam peranan isteri Junjungan kita itu dalam mengembangkan
makallah Islam, tidak ada sebab Najib berbuat begitu semata-mata untuk
mengaburi mata ramai yang telah melihat perlakuan isterinya yang begitu ‘over’
dalam segala tindak lakunya itu.
Tidak ada siapa yang berbudaya
dan bernilai mulia bangsa Melayu itu akan tergamak menunjukkan kepada ramai
bagaimana handalnya isteri beliau dalam menangani masalah negara dan rakyat.
Budaya itu terlalu ‘unMalay’ bahkan ia tidak diamalkan oleh mana-mana pemimpin
dari negara dan bangsa mana sekali pun di dunia ini.
Keseluruhan ucapan pemimpin dan
perwakilan di Perhimpunan itu tidak lebih dari hendak menutupi kelemahan dengan
ucapan bergegar-gegar dan segala-gala untuk mendapatkan perpaduan UMNO dengan
meningkatkan sentimen perkauman. Perhimpunan yang terdahulu dengan yang
sekarang sama sahaja.
Pimpinan hanya hendak memperkuatkan
kedudukan masing-masing dalam parti sahaja. Sememangnya Najib kuat dalam UMNO
dan tiada pencabarnya. Tetapi UMNO itu sendiri bukan lagi sebuah parti yang ‘winnable’.
UMNO sudah ditolak oleh ramai dan ia semakin hari semakin lemah kerana
kelemahan pimpinannya terutama pimpinan utamanya itu. Apa faedahnya kuat dalam
parti tetapi parti ditolak oleh masyarakat?
Selagi Najib dan barisan pimpinan
sekarang ini tidak mahu mengenepikan diri mereka UMNO tidak akan berubah, kalau
ada pun perubahannya, perubahan itu hanyalah dari petak kerajaan kepada petak
pembangkang dalam pilihanraya yang entah bila akan datang itu.
Penyebab kenapa UMNO masih berada
dalam kerajaan dengan kemenangan jumlah kerusi yang tipis itu, hanyalah di
sebabkan barisan alternatif belum terbentuk dengan keyakinan lagi walaupun di
saat ini.
Rakayat masih takut untuk berubah
kerana mereka khuatir jika hanya parti sahaja yang berubah tetapi budaya dan
kelakuan dan sikap pimpinan tetap dengan sikap yang lama juga, seperti sikap
pimpinan UMNO semasa berkuasa.
Lagi pun yang dijangka akan menerajui barisan alternatif jika mereka menang adalah orang yang bersama menjadikan UMNO yang sedemikian rupa, semasa dia berada dalam UMNO itu dahulu.
Isu ini isu besar juga.
Lagi pun yang dijangka akan menerajui barisan alternatif jika mereka menang adalah orang yang bersama menjadikan UMNO yang sedemikian rupa, semasa dia berada dalam UMNO itu dahulu.
Isu ini isu besar juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan