HALAMAN SANTAI

Rabu, 18 Disember 2013

Muslimat PAS ucap takziah buat keluarga Azean Irdawaty

SAIDAH HAIRAN 


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azean Irdawaty yang meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Beliau berharap keluarga Allahyarham bersabar dengan ujian Allah dan berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri dan dimasukkan ke dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.

Katanya, Allahyarham merupakan primadona filem Melayu yang sukar ditandingi oleh pelakon masa kini.

Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama pimpinan DMPP akan menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya, di Damansara Utama esok sebelum dikebumikan.

Allahyarham meninggal dunia setelah menderita sakit kanser dan lymphedema yang dihidapi sejak lima tahun lalu.

Tiada ulasan: