HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 Disember 2013

Petronas tak rugi, Umno fitnah Pakatan punca pelabur Taiwan lari

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa Petronas rugi hampir RM40 bilion akibat kempen Pakatan Rakyat adalah fitnah.

“Umno menjadikan penarikan pelabur Taiwan di Pengerang sebagai alasan untuk menghentam Pakatan Rakyat,” kata Pengerusi KEADILAN Terengganu Azan Ismail.

“Sedangkan projek (Rapid) di Pengerang itu belum berlaku. Hanya kos alternatif (dibelanjakan). Kos alternatif tak boleh dikira sebagai kerugian,” kata Azan kepada Keadilandaily.

azan ismail

“Contoh mudah ialah, apabila ada orang hendak melabur tetapi tak jadi. Takkanlah anggaran keuntungan yang tak diperolehi itu dianggap sebagai kerugian. Ini tak betul,” kata Azan.

Najib semalam dalam ucapan dasarnya di perhimpunan Agung Umno berkata, Petronas kehilangan pelaburan RM40 bilion akibat tindakan ‘khianat’ pembangkang Malaysia menabur fitnah di Taiwan.

Kenyataan Najib diulangi hari ini oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menggesa tindakan undang-undang kepada pihak yang dikatakan punca Petronas rugi hampir RM40 bilion akibat pelabur Taiwan menaik pelaburan di Pengerang.

“Tak mungkin pelabur Taiwan tak membuat kajian kemungkinan, kajian untung-rugi pelaburan, kajian faktor kompetitif dan elemen-elemen lain.

Pengerang

“Atau mungkin mereka tarik diri kerana kadar ‘komisyen’ yang dikenakan terlalu tinggi?, kata Azan.

Akhbar The Edge melaporkan, Kuokuang Petrochemical Technology, anak syarikat berkaitan kerajaan Taiwan Chinese Petroleum Corp (CPC) menarik pelaburannya di Pengerang selepas taksiran profesional.

Manakala Plastics & Rubber Asia (PRA) majalah industri getah dan plastik melaporkan, penarikan Kuokuang di Pengerang dibuat selepas mempertimbang strategi dan kos pelaburan luar negeri.

Tiada ulasan: