HALAMAN SANTAI

Ahad, 22 Disember 2013

Potong Subsidi & Naik Kos Sara Hidup? Baik Untuk Rakyat Malaysia. Apa Naik Lagi Lepas Ini?


Potong Subsidi Baik Untuk Rakyat


Sebelum PRU13, rakyat Malaysia seperti anda, anda di sini adalah “Raja”. Apa sahaja yang dituntut oleh anda semua akan cuma dipenuhi dan melukakan hati anda semua. 

Tiada waima disebutkan akan berlakunya pemotongan subsidi baik untuk rakyat Malaysia ditambah ekonomi Malaysia sebelum Pilihanraya Umum ke 13 begitu kukuh. Tidak sama sekali lagi…..
“Sekukuh, ibarat tidak bergoyangnya, pokok ditiup angin kencang”
Skrip tersebut disimpan kukuh sehingga berakhirnya PRU ke 13. Rakyat Malaysia hidup pada awal tahun ini menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 ibarat tinggal di syurga dunia yang bernama Malaysia, hidup dengan impian dan cita-cita.

Potong Subsidi Rakyat Malaysia VS Potong Subsidi Taikun Kaya di Malaysia?

Nah sekarang, “Potong subsidi baik untuk rakyat“. Inilah antara kata-kata pujangga oleh kalangan pemimpin yang rakyat Malaysia ada hari ini. Nah…..hari ini, rakyat Malaysia ingin bertanya pula mengapa tidak memotong subsidi IPP yang dimiliki taikun-taikun kaya di Malaysia? Mengapa rakyat Malaysia selalu menjadi mangsa?

Najib Ekonomi Malaysia

 

Senarai Kenaikan Kos Sara Hidup di Malaysia!

Berikut adalah deretan pemotongan subsidi rakyat Malaysia yang berlaku secara mendadak, selepas Pilihanraya Umum ke 13 melabuhkan tirai Mei 2013. Ada yang sudah dilaksanakan, dan ada juga menanti giliran untuk menawarkan harga baru kepada rakyat Malaysia kelak
  1. kurangkan subsidi gula – Berjaya (26 Oktober 2013)
  2. kurangkan subsidi petrol & diesel – Berjaya (3 September 2013)
  3. naik harga elektrik – Berjaya (1 Januari 2013)
  4. naik harga tol – dalam proses (SUMBER DI SINI)
  5. kenaikan caj LRT Monorel – dalam proses (KLIK SINI)
  6. naik harga beras – belum (sudah ada ura-ura untuk menaikkannya)
  7. naik harga telefon/internet – belum
  8. naik harga tambang pengangkutan awam – belum
  9. wujudkan GST – Berjaya (1st april 2015)
  10. cukai rokok naik – Berjaya (30 September 2013)  (KLIK SINI)
  11. cukai arak naik – belum lagi.
  12. cukai kereta dikurangkan – masih belum kelihatan sehingga ke hari ini
Apa kaitan naikkan harga barang VS pelabur masuk malaysia? Sepengetahuan Berita Semasa, jikalau mahu naikkan kehadiran pelabur kurangkan karenah birokasi dan tubuhkan “investor servicee support”. Erm….

Ya…memang benar, Berita Semasa juga akui pemotongan subsidi baik untuk rakyat jika sekiranya wang yang telah dijimatkan itu mampu meningkatkan taraf hidup rakyat dan mampu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.

Siapa Kerap Bantu Naikkan Kantung Pendapatan Negara? Rakyat @ Kerajaan?

Ekonomi Malaysia Najib 

Tetapi, realitinya berapa banyak telah rakyat Malaysia berkorban untuk ekonomi negara dan kerajaan sehingga ramai yang terkorban. Persoalannya sekarang di mana perginya penjimatan duit negara selama ini. Adakah kehidupan rakyat Malaysia & ekonomi negara bertambah baik?

Fungsi kerajaan adalah membantu rakyat terbanyak bukan membebankan. Apa yang Berita Semasa perhatikan sekarang ini kerajaan kini hanya mengharapkan rakyat untuk meningkatkan jumlah kantung pendapatan negara dengan cara  mengurangkan beban kebergantungan ke atas subsidi dan mengenakan cukai-cukai tambahan kepada rakyat Malaysia. 
  • Kerajaan mengharapkan rakyat untuk meningkatkan kantung negara @
  • Rakyat mengharapkan kerajaan menyediakan kehidupan yang selesa untuk rakyat
Persoalannya sekarang, adakah kerajaan berniat untuk kurangkan pembaziran, pemborosan wang negara selama ini? Jika…ya, buktikan!

Jikalau tuan-tuan dan puan-puan masih teringat, filem mengenai Margaret Thatcher, watak PM yang hampir sama. Mantan PM British menaikkan segala-galanya hingga menyebabkan kemarahan rakyat dan ahli parti konservatif sendiri dalam menangani isu ekonomi.

Namun Margaret Thatcher telah berjaya membawa keluar Britain daripada kemelesetan ekonomi. Bezanya mata wang dunia bersandarkan mata wang pada US dan Pound. Jadi, tiada masalah di Britain kerana beliau telah berjaya menaikkan taraf pendapatan rakyat seiring dengan kenaikan barangan dan perkhidmatan. Malaysia??? 

Apa pendapat anda pula? Kongsikan bersama kami di sini…

Tiada ulasan: