HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Disember 2013

'Projek sakit' TLDM: Pembayar cukai tanggung RM10.2j

 

 

Kegagalan untuk mematuhi prosedur tender dalam melantik kontraktor bagi pembinaan sebuah kolej latihan Tentera Laut Diraja Malaysia menyebabkan pembayar cukai menanggung kos RM10.2 juta, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012 bahagian kedua yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Kontraktor berkenaan, Syarikat Ijhraa (M) Sdn Bhd, yang ditugaskan untuk membina salah satu dari pusat latihan KD Pelandok di Lumut, Perak, gagal menyiapkan projek RM41.46 juta tersebut.

Syarikat tersebut, yang mula dianugerahkan projek pada 16 Disember 2009, hanya berjaya menyiapkan 55 peratus daripada projek tersebut selepas tarikh akhir tamat pada 27 Februari 2012, dan diberi lanjutan sehingga 16 April 2012.

Khidmat Syarikat Ijhraa kemudiannya ditamatkan oleh Kementerian Pertahanan dan projek tersebut dikategorikan sebagai ‘projek sakit’.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, Syarikat Ijhraa, yang merupakan kontraktor Kelas B, diberikan “kebenaran khas” untuk menyertai tender bagi membina KD Pelandok pada Mei 2009.

Sebanyak sembilan syarikat disenari pendek dari keseluruhan 43 syarikat dan Syarikat Ijhraa, yang menawar harga kedua terendah, akhirnya terpilih.

Pemilihan itu dilakukan walau syarikat tersebut gagal mematuhi peraturan tender yang sebaiknya.

Menurut laporan tersebut, audit yang dijalankan mendapati Syarikat Ijhraa hanya mengemukakan dua daripada empat dokumen sokongan yang ditetapkan.

Tiada ulasan: