Berita Semasa mencari-cari juga
kalau-kalau laporan terbaru bagi ranking Sistem Pendidikan Malaysia yang
menduduki kedudukan kedua tercorot di Asia Tengara yang dikeluarkan
melalui penarafan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) mendapat
liputan dan diperbincangkan di media arus perdana baik di Buletin Utama
TV3, Berita Perdana RTM ataupun Utusan Malaysia. Malangnya, Berita
semasa tidak menjumpainya. Sejak…..
Sejak daripada dahulu lagi, Berita
Semasa perhatikan setiap kali bertukar Menteri, acapkali sistem
pendidikan dan halatuju negara digubah dan dilaksanakan dan menjadi
kalangan guru Malaysia dan pelajar-pelajar sebagai bahan eksperimen.
Relaitinya, adakah sistem pendidikan Malaysia menjadi lebih baik?
Terbaru, Malaysia telah berada di
kedudukan kedua tercorot dikalangan negara-negara Asia Tenggara yang
terlibat tertinggal jauh di belakang Singapore, Thailand dan Vietnam.
Vietnam dihadapan Malaysia? Negara Vietnam yang terkenal dengan sejarah
hitam mereka kerana melalui tempoh zaman perang yang panjang, dan
ekonomi Vietnam pada suatu ketika dahulu jaaaau….uuuuuhhh tertinggal di
belakang Malaysia. Sekarang?
Walaubagaimanapun Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah sedia maklum dengan laporan terbaru PISA 2012 ini
dan memberikan beberapa lasan dan punca mengapa ranking Malaysia jatuh
ketika ini :
- Sikap murid yang menganggap penilaian itu tidak serius
- Format soalan teks panjang yang memerlukan pemahaman
- Terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar
- Guru-guru lebih mengutamakan untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan pemahaman konsep kepada pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan