HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Disember 2013

Selangor gagal lagi satukan aset air

Tawaran penyatuan sektor air bernilai RM9.65 bilion oleh syarikat pelaburan Selangor Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) menemui jalan buntu apabila dua pemain utama, Puncak Niaga Holdings Bhd dan Gamuda Bhd, menolak tawaran yang dibuat.

Ini sekali gus mengesahkan laporan Kinibiz awal bulan ini bahawa usaha penyatuan air berdepan dengan halangan yang tidak terduga.

NONEDalam pengumuman kepada Bursa Malaysia semalam, Puncak Niaga, yang mempunyai dua konsesi - Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) - menyatakan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi.

Puncak Niaga mempunyai pegangan penuh dalam PNSB, sebuah syarikat rawatan air dan 70 peratus dalam SYABAS, yang mempunyai mandat menyalurkan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Puncak Niaga berkata, lembaganya melahirkan kebimbangan besar terhadap syarat-syarat indikatif tawaran itu dan maklum balas kepada pertanyaan yang diajukan mereka, daripada KDEB dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

2 ulasan:

mansor berkata...

kerajaan Selangor harus membuat satu pelan alternatif merangka penubuhan syarikat bekalan air lain bagi memasuki pasaran bekalan air. Kerana air dan tanah adalah dalam jurisdiksi negeri maka kerajaan pusat tidak mempunyai hak untuk bersuara secara negatif. Penduduk mesti diberi hak untuk memilih pembekal air yang mereka mahukan dengan ini elemen monopoli air yang jahat itu dapat dilemahkan dan dibankrupkan....inilah gara2 apabila ahli politik yang jahil perniagaan diberi hak merangka perniagaan akhirnya ditipu oleh kapitalis.....