sakmongkol.blogspot
Saya
percaya bukan semua pemimpin UMNO bodoh. Ada yang tahu UMNO dan negara tidak
boleh dibangunkan atas landasan kebencian dan pembohongan. UMNO tidak boleh
bertahan jika terus menerus menjuarai rasuah, salah guna kuasa,ekstremisme,
incompetence dan perpecahan dalam masyarakat. Bila pemimpin UMNO mahu sedar
dari kegilaan mereka?
Ini bukti yang sangat nyata, UMNO tidak ada kepimpinan
dan Najib sebenar nya seorang pemimpin yang kosong lagi lemah. Jika ibarat UMNO
itu sebuah kapal, anak2 kelasi kena tukar nakhoda supaya kapal selamat.
Apa
sudah jadi kepada wasatho dan wasathiyah?
Cakap2
seperti 1Melayu, cipta jutawan Melayu, peduli apa orang anggap kita rasis semua
cakap orang bodoh. Kalau duduk atas pulau berasingan, layak. Sebagai seorang Melayu saya sudah nyatakan kalau serius
mengapa tidak beri setiap Melayu yang layak sumber pengkayaan secara lansng? Kenapa
beri kepada yang terpilih, orang dan institusi pertengahan? Kenapa kita mahu mengulangi strateji yang
salah? Kerajaan beri RM54 billion saham, sibingung UMNO jual RM52 billion dan
hanya tinggal RM2 billion. Senaraihitamkan semua penerima yang menjual saham
ini dan haramkan mereka mendapat apa apa lagi.
Kenapa
beri Vincent Tan ribuan ekar tapi orang Melayu nak dapat 2 ekar pun susah? Mengapa
tidak merdekakan tanah reseb Melayu supaya pemilik tanah reseb Melayu miliki
tanah yang berharga tinggi. Jika jual mereka boleh jadi jutawawan.
Mengapa
mahu tetapkan ekwiti sebanyak 67% sedangkan orang Melayu hanya 50% lebih
sahaja. Yang menjadikan sampai 67% termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mengapa
UMNO tidak perincikan Bumiputera Melayu berapa dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
berapa? Jika ikut prinsip ini, maka KM Sabah sepatutnya Kadazan, dusun atau
murut. Demikian juga di Sarawak. Lebih baik tetapkan mengikut peratusan ethnic pada
setiap lokasi.
Mengapakah
orang Melayu( kalau UMNO tidak mahu tidak mengapa) tidak lagi sedar bahawa
tidak ada siapa yang boleh mengancam kedudukan orang Melayu. Cina hanya 24%
secara keseluruhan. Mustahil mereka dapat mengatasi dari segi jumlah kerusi.
Hampir semua lapisan pimpinan dalam negara ini orang Melayu. Raja2 nya, PM2 nya, menteri majority Melayu, KSN2 nya( kecuali baru sekarang mamak India), KSU2 nya, MB2 nya, SS nya, DO2 nya , pengarah2 jabatan, penghulu2 nya dan ketua2 Kampung senya- semua Melayu berkulit sawo matang. Askar dan tentera nya, semua Melayu. Perlembagaan pun melindungi kedudukan Melayu.
Jadi
siapa yang boleh ancam Melayu? UMNO yang mereka reka dan mencipta cerita seram.
Amat benar kata Tun Daim, orang Melayu suka baca cerita hantu dan seram. Minda orang
melayu adalah minda tahap majallah Mestika. Melayu UMNO lah.
Orang
UMNO patut berterima kasih kepada DAP dan PAS. Kerana ujud mereka, maka UMNO
ada modal mengesahkan keujudan UMNO. Ada PAS dan DAP lah pemimpin UMNO dan
perwakilan ada modal mengesahkan kerelevenan mereka. Jika PAS dan DAP tidak
ada, sudah tentu sasaran perwakilan ialah kepimpinan, rasuah dan ketidakadilan pimpinan
UMNO. Nahas Najib dan geng2 nya.
PM
Najib lupa berterima kasih kepada Anwar Ibrahim sebab kalau Anwar Ibrahim tidak
ada masaalah, Najib tak jadi PM. Malah ketika dalam jawatan naib presiden lagi,
jika saya faham budaya UMNO, dia sudah ditamatkan riwayat.
Jika
kita dengar ucapan2 pemimpin dan perwakilan UMNO, kita akan rasa UMNO ini hanya
layak memerintah sebuah pulau kecil yang semua nya ahli UMNO sahaja. UMNO tak
layak perintah Malaysia. jika UMNO suka, mereka boleh tinggalkan Semenanjung
berpindah semua ke Pulau Langakawi, Tioman dan pulau2 di Sabah sana. Binalah
kerajaan semua suka-suka semua disana.
Malah
yang kedengaran siuman pula ialah Mukhriz Mahathir yang menyatakan UMNO tidak
boleh mempromosi 1Melayu. KJ pula yang nampak bodoh apabila mencanggahi
kenyataan supaya UMNO progresif tapi mengekalkkan fundamentalisme nya.
fundamentalism UMNO ialah ekstermisme Melayu. Lagi Melayu lagi UMNO.
Politik
masa depan adalah politik keterbukaan, berkerajaan atas prinsip undang2 dan
demokrasi. UMNO yang tidak adapt akan musnah. Kaitan nya dengan orang Melayu
ialah: jika orang Melayu mahu berjaya, mereka mesti menolak UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan