HALAMAN SANTAI

Rabu, 31 Disember 2014

Anwar, Husam ziarahi Nik Aziz

MSO
 

Semasa banjir memuncak di Kelantan Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat berada di hospital, keuzuran dialaminya kebelakangan ini sama sekali tidak memberi kesempatan untuknya meninjau keadaan banjir dan menemui mangsa banjir.

Anwar memperkatakan sesuatu kepada Tokguru.
Apa yang dapat dilakukan oleh Tokguru hanya berdoa dari atas katil dalam ward agar banjir lekas surut dan rakyat Kelantan bersabar menghadapi ujian daripada Allah.

Betapa terkilannya Tokguru kerana tidak dapat meninjau keadaan banjir seperti biasa hanya Tuhan saja yang tahu. Sebelum ini bila berlaku banjir, beliaulah antara orang pertama turun padang menemui rakyat.

Kali ini dengan keuzuran agak serius dialaminya, beliau hanya dapat mendengar laporan dari mereka yang menziarahinya.

Jam 4:00 petang tadi Tokguru dikunjungi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di rumahnya di Pulau Melaka bersama Husam Musa. Bekas MB Kelantan itu sudah keluar dari hospital. Kunjungan Anwar itu adalah simbolik bahawa penghormatan beliau kepada tokoh spritual itu tiada kesudahannya dan sudah tentu menjadi penawar kepada Tokguru itu.

Husam dan Anwar dan rombongan dengar taklimat banjir.
Kebetulan kedatangan Anwar ke Kelantan untuk meninjau keadaan banjir. Anwar bersama Husam dan rombongan dalam lawatan di Kuala Krai diberi taklimat banjir oleh pihak berkuasa tentera. Mungkin hasil taklimat itu turut disampikan Anwar dan Husam kepada Tokguru.

Anwar baru berada dalam tanah air malam tadi dan hari ini terus ke Kelantan dan mengambil peluang menziarahi Tokguru dalam tugasannya meninjau keadaan banjir.

Ternyata akhlak politik dan penyanjungan Anwar kepada Nik Aziz sesuatu yang tidak dibuat-buat. Beliau mengambil berat mengenai hubungan beliau dengan Mursyidum Am Pas itu bukan ke belakangan ini tetapi sejak dulu lagi.

Bukan saja kebetulan sesama berada di Kelantan tetapi Anwar akan terbang ke Kota Bharu semata-mata untuk berjumpa dengan Nik Aziz apa lagi kalau diketahui bekas MB itu uzur.

Pernah dalam satu kunjungan, Anwar berada di Kelantan tidak sampai tiga jam, sebaik saja berjumpa dan menziarahi Tokguru beliau terus terbang pulang.

Agak menyesalkan dan kontras rasa hormat yang ditunjukkan oleh Anwar itu sebaliknya tidak berlaku kepada Muhyiddin Mohd Yassin dan Mohd Najib Razak. Semasa Muhyiddin dan Najib berkunjung ke Kelantan untuk meninjau keadaan banjir, bekas MB Kelantan itu sudah terlantar di hospital tetapi kedua pemimpin tertinggi itu tidak menjengok untuk bertanya khabar Nik Aziz.

Sikap dan akhlak ini ternyata sekali berbeza dengan apa yang menjadi amalan Anwar dan juga para pemimpin politik PR lain. MB Selangor Mohamed Azmin Ali semasa turun ke Kelantan untuk menghulurkan bantuan banjir RM1 juta, sempat menziarahi dan bertanya khabar Tokguru. Azmin juga dilihat pemimpin yang menghormati golongan veteran.

Begitu juga dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga menyempatkan diri menziarahi Tokguru bersama Mohamad Sabu. Kenapa tidak dengan Najib dan Muhyiddin?

Apa hendak dibuat mungkin Muhyiddin atau Najib Razak tidak mempunyai masa untuk meluang bagi menjenguk Tokguru itu, atau pun tidak ada sesiapa yang menunjukkan jalan ke Pulau Melaka kepada Muhyiddin seperti apa berlaku sebelum ini Muhyiddin pernah "diculik" untuk bertemu mata dengan Tokguru.

'Bagaimana dengan aksi pembangkang dalam banjir?'

MALAYSIAKINI


 


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mempersoalkan mengapa orang ramai tidak mengkritik pembangkang apabila bergambar dalam air banjir.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan terhadap Putrajaya kerana melekat gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan beliau sendiri pada kampit beras yang dihantar sebagai bantuan kepada mangsa banjir.

"...kalau nak politikkan banjir, ada pemimpin pembangkang, gambar air kat dada pun ada, ambil gambar, untuk apa it?

"... tak tau dia buat photoshop ke, kita pun tak tahu, tapi takde siapa yang komen...," katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya, demikian menurut KiniTV.

Ismail ditanya sama ada kerajaan telah mempolitikkan bantuan tersebut dengan meletakkan pelekat berkenaan.

Beliau nampaknya merujuk kepada gambar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang melutut dalam air banjir yang tersebar di Facebook.

Ismail berkata tidak kira apa jua aksi, semua orang mempunyai kaedah mereka sendiri untuk membantu mangsa banjir.

Beliau juga mengulangi mesej teks kepada Malaysiakini semalam bahawa apa yang paling penting ialah bantuan sampai kepada mereka yang memerlukannya.

".... (setiap orang) ada cara masing-masinglah dalam waktu banjir ini. Ada buat photoshop untuk popularkan diri dia, selam dalam air. Air kat lutut jadi kat dada.

"Ada tak peduli gambar, tapi nak hantar barang... ada cara masing-masing, asalkan barang itu sampai (kepada mereka yang memerlukannya)," tegas Ismail.

HRPZ II hentikan 80 peratus perkhidmatan


S.Subramaniam (dua kiri) melawat HUSM Kubang Kerian, semalam. S.Subramaniam (dua kiri) melawat HUSM Kubang Kerian, semalam.
 
 
KOTA BHARU - Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II terpaksa menghentikan 80 peratus perkhidmatannya berikutan banjir di negeri ini sejak enam hari lalu yang menyebabkan keseluruhan kawasan tenggelam.

Lebih 200 pesakit di hospital berkenaan dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menteri Kesihatan, Datuk S.Subramaniam berkata, berikutan pemindahan tersebut, jumlah pesakit di HUSM bertambah kepada lebih 900 orang berbanding kapasiti biasa seramai 760 pesakit.

Beliau berkata, penambahan tersebut turut melibatkan 292 anggota kesihatan termasuk 192 kakitangan kementerian kesihatan kini memberi perkhidmatan.

“HUSM masih memerlukan sekurang-kurangnya 100 pegawai kesihatan dan 300 jururawat atau paramedik bagi menampung pertambahan itu.

“Kementerian akan memastikan keperluan tersebut dapat dipenuhi dengan mengumpulkan pegawai pegawai perubatan dari hospital lain di seluruh negara,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, perkhidmatan dialisis juga dipindahkan dengan lebih 150 rawatan dijalankan sehari sementara 10 pesakit telah diterbangkan ke Lembah Klang untuk menerima rawatan semalam.

S.Subramaniam berkata, lebih daripada 50 peratus kakitangan kesihatan terjejas akibat banjir sehingga menyebabkan wujud pelbagai cabaran dan masalah.

Katanya, kementerian akan melihat secara serius keperluan pembinaan bangunan baru di HRPZ II berikutan sudah dua kali hospital tersebut dinaiki air.

“Kami minta pihak Jabatan Kerja Raya dapat menilai perkara itu secepat mungkin bagi tujuan tersebut,” katanya.

Astro ketepi yuran langganan mangsa banjir


Astro Malaysia Holdings Bhd Astro Malaysia Holdings Bhd
 
 
SUSULAN bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri, syarikat TV berbayar satelit, Astro mengambil inisiatif untuk mengetepikan yuran langganan pelanggannya yang terjejas.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Astro kepada Sinar Harian Online, hari ini, pengetepian yuran itu berlaku sehingga tempoh enam bulan.

“Berikutan banjir yang melanda, Astro menawarkan kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir, penukaran pakej yang dilanggan kepada pakej Astro Family Pack dengan pengetepian yuran langganan sehingga 6 bulan dan penggantian set dekoder tanpa kos tambahan, tertakluk pada syarat dan peraturan.

“Apabila keadaan semakin pulih, pelanggan boleh menghubungi pihak Astro untuk kembali ke pakej asal,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, tersebar di media sosial tentang permintaan salah seorang mangsa banjir yang memohon agar pihak Astro mengecualikan yuran langganan sehingga tiga bulan ekoran bencana itu telah merosakkan TV serta dekoder Astro milik mereka.

Melalui permintaan itu juga, mangsa meminta agar dekoder dapat diganti secara percuma selepas ditenggelami air.

Berita palsu banjir: SKMM akan panggil 14 lagi

SINAR HARIAN

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
 
 
CYBERJAYA - Setelah lapan individu diminta tampil memberi keterangan sejak tiga hari lepas, 14 lagi akan dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam waktu terdekat setelah ditentusahkan keterlibatan mereka untuk membantu siasatan ke atas 10 kes penyebaran berita palsu mengenai banjir yang telah melanda beberapa negeri.

Menurut Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, sebelum ini pihaknya telah mengenal pasti tiga kes penyebaran berita palsu, iaitu berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai, berita palsu mengenai kerajaan menyembunyikan fakta kematian ramai mangsa banjir, dan berita palsu kematian di Guchil yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita.

"Setakat ini, kami telah mengenal pasti sebanyak 10 kes berita palsu yang tersebar dan sedang berusaha menentusahkan individu-individu yang boleh membantu siasatan.

"Beberapa individu yang terlibat telah diminta untuk memberi keterangan di pejabat SKMM kelmarin dan semalam. Sebaik sahaja individu-individu ditentusahkan keterlibatan, mereka akan diminta untuk tampil dengan kadar segera,” katanya.

Menurut beliau lagi, jumlah individu yang akan dipanggil berkemungkinan akan bertambah kerana siasatan sedang giat dijalankan oleh SKMM.

“Jangan berkongsi berita dalam keadaan beremosi kerana ianya hanya akan memburukkan keadaan. Periksa dahulu kesahihan berita tersebut sebelum berkongsi dan memaparkannya dalam aplikasi pesanan dan media sosial,” tambah beliau.

Orang ramai dinasihat untuk berhenti menyebarkan 'berita' berikut yang sedang dalam siasatan:

1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita.

2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai.

3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir.

4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan.

5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai.

6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan.

7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai.

8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air.

9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa.

10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja. - Bernama

QZ8501: Tiada Mayat Ditemui Pakai Jaket Keselamatan - Basarnas

MSTAR ONLINE
 
 
Pasukan Basarnas mengusung mayat yang ditemui di lokasi nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Lapangan Terbang Tentera Iskandar di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah. Foto EPA
 
 
 
JAKARTA: Tiada mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui memakai jaket keselamatan, kata Timbalan Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), Mejar Jeneral Tatang Zaenuddin.

"Terdapat satu mangsa, seorang lelaki, dan satu jaket keselamata. Kesemuanya ditemui secara berjauhan. Dia (mangsa) tidak memakai jaket keselamatan," kata Tatang Zaenuddin yang dipetik sebagai berkata dalam laporan di portal berita Detik.com.

"Setakat ini, tiada mayat memakai jaket keselamatan ketika dijumpai."

Terdahuulu, pegawai yang dirujuk sebagai berkata, satu mayat yang ditemui dari kawasan nahas pesawat itu memakai jaket keselamatan, membangkitkan persoalan mengenai keadaan nahas yang berlaku.

"Pagi ini, kami menemui sejumlah empat mayat dan salah satunya memakai jaket keselamatan," kata Tatang Zaenudin menurut Reuters. Beliau bagaimanapun enggan membuat spekulasi mengenai maksud penemuan itu.

Kesemua mereka yang menaiki pesawat itu merupakan warga Indonesia. Tiada mangsa yang terselamat dikesan.

Terdahulu, Ketua Basarnas, F. H. Bambang Soelistyo berkata, satu mayat wanita ditemui pada Rabu, dengan memakai pakaian seragam pramugari.

Tiga mayat yang lain dijumpai pada Rabu adalah lelaki.

Sebanyak tiga mayat iaitu dua wanita dan seorang lelaki ditemui pada Selasa, menjadikan jumlah mayat yang dijumpai setakat ini adalah tujuh orang, tiga wanita dan empat lelaki. - The Straits Times/ANN

Saham FGVH turun lagi?

MAZLAN ALIMAN


SAHAM FGVH hanya tinggal RM2.13 sesaham pada hari ini (semalam). Kenyataan Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang mengaitkannya dengan pasaran dunia amat melucukan. Ketinggalan keretapi dia!

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) telah membuat sekian banyak analisis mengenai unjuran ekonomi dunia, kejatuhan harga komoditi, kos tanam semula pokok sawit tua dan ketidakstabilan urusniaga global yang menjadi petunjuk risiko kepada penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Perbincangan dibuat melalui konvensyen, wacana dan penyerahan memorandum yang diserah kepada SKMM, Bank Negara, Suruhanjaya Securiti dan YAB Perdana Menteri sendiri.

Ia kemudiannya dibukukan oleh Penasihat Ekonomi ANAK, Dr Rosli Yaakop melalui bukunya, 'Penyenaraian FGVH, menang sorak kampung tergadai'. Dr Rosli menghuraikannya secara berfakta melalui semua dokumen yang diperoleh daripada berbagai-bagai sumber.

Selepas dua tahun FGVH di senaraikan, iaitu 28 jun 2012; pada kadar terbitan RM4.55 Sesaham, dengan penurunan saham lebih 50 peratus, baru sekarang Datuk Razali Ibrahim menyalahkan pasaran dunia?

Yang dulunya pemimpin Umno terjerit-jerit mempertahankan penyenaraian FGVH, di mana mereka sekarang?

Lebih teruk, Datuk Razali tidak menyalahkan Felda atas apa yang berlaku. Episod yang pedih dari zaman sebelumnya hinggalah pada Tan Sri Isa Samad; pengurusan FGVH tidak salah?

Isa Samad ganti Datuk Dzulkifly Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda, sekarang Datuk Faizoull Ahmad, hingga haru biru Felda; Datuk Razali masih berselindung lagi?

Kesian pada beliau yang begitu naif mengenai keadaan Felda waktu ini. Atau enggan berterus terang mengenai dalaman Felda yang sedang parah!

Saya telah menghantar surat susulan kepada Tan Sri Isa Samad untuk bertemu, setelah gagal pada 23 Disember lalu. Saya juga masih menunggu jawapan balas daripada Datuk Razali mengenai tarikh baru perbincangan dua hala seperti yang dimaklumi bersama. Mari kita berbincang, ketepikan sentimen, demi kepentingan rakyat.

1.5 juta warga Felda sama ada Peneroka, Generasi ke-2 dan kakitangan kumpulan Felda sedang menanti tindakan Kerajaan mengenai masa depan FGVH yang sahamnya turun dan terus turun pada waktu ini. Ada orang kata, adatlah main saham, ada turun naik. Hebatnya saham FGVH, turun dan tak naik-naik!

Macam Amanah Saham Johor, turun hingga tinggal 15 sen, akhirnya lingkup! HARAKAHDAILY

Thailand bantu mangsa banjir Kelantan

IZWAN ABDUL HALIM 





RANTAU PANJANG: Banjir besar yang berlaku kali ini bukan sahaja mempertautkan hubungan kemanusiaan sesama insan, tetapi juga mencantumkan dua negara bersempadan iaitu Malaysia – Thailand.

Akibat limpahan air dari Sungai Golok, sempadan antara dua negara tersebut telah luput dan bersambung satu sama lain hingga tidak membataskan hubungan keduanya.

Kesempatan itu telah dimanfaatkan pihak Thailand untuk menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di negara ini.

Atas keprihatinan Thailand itu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Ustaz Mohd Nassuruddin Daud telah memandu sendiri bot rombongan beliau untuk menyambut Pegawai Daerah Takbai, Som Sak Sitikworakan serta para pegawainya di Takbai.

Pihak berkuasa daerah Takbai itu hadir dengan sumbangan keperluan harian yang diisi penuh dalam sebuah bot serta dibawa melihat keadaan kira-kira 300 mangsa banjir di Pusat Pemindahan dalam Dun Meranti, di sini 30 Disember.

Semua mangsa terputus langsung hubungan jalan darat dan hanya dapat sampai dengan bantuan bot.

Som Sak ketika menyampai sumbangan tersebut telah melahirkan harapan agar ia dapat meringankan beban mangsa menghadapi tahun baharu 2015.

Manakala Datuk Mohd Nassuruddin pula merakamkan penghargaan terima kasih pihak Kerajaan Negeri Kelantan atas keprihatinan pihak berkuasa Takbai, Thailand itu.

“Hubungan rapat antara Thailand dan Malaysia ini kerana ramai daripada kita yang mempunyai hubungan persaudaraan,” ujarnya pada majlis ringkas penyerahan sumbangan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang turut serta dalam rombongan itu telah melahirkan penghargaan kepada Pemuda PAS diseluruh negara atas usaha membantu mangsa banjir.

Akuinya, banjir pada kali ini adalah luar biasa dan jumlah mangsa terlibat juga sangat ramai di mana Pemuda PAS turut memainkan peranan menyampaikan sumbangan keperluan dan tenaga tanpa mengira perbezaan aliran politik.

“Alhamdulillah, saya sangat berbangga ramai Pemuda-pemuda PAS daripada seluruh pelusuk negara turun bagi meringankan beban negeri-negeri Pantai Timur khususnya yang terjejas teruk akibat bencana banjir kali ini,” ujarnya mengulas perkembangan semasa gerak kerja Pemuda PAS. – HARAKAHDAILY

Kerajaan Selangor : Laksanakan pilihan raya kerajaan tempatan

 
Semua ahli majlis yang dilantik perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976.


selangor pilihan raya_300


PETALING JAYA : Kerajaan Negeri Selangor digesa melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan yang dijanjikan semasa manifesto pilihan raya lalu.

Pengerusi Bersama Coalitions Of Good Governance (CGG) Jeffrey Phang berkata, ini disebabkan pilihan raya kerajaan tempatan itu nanti membolehkan majlis perbandaran melakukan perkara yang baik kerana ia diketuai oleh mereka yang layak.

Beliau menambah, apabila diadakan pilihan raya itu, pihaknya mencadangkan semua ahli majlis yang dilantik perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kuota 25 peratus daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk ahli majlis yang kini diambil alih oleh calon politik harus diberikan kepada masyarakat awam untuk tahun 2015.

“Pencalonan untuk ahli majlis daripada NGO harus dilakukan oleh masyarakat awam dengan senarai tersebut harus dikemukan kepada Menteri Besar Selangor,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, bagi membantu kerajaan Selangor, pihaknya akan menubuhkan pasukan petugas yang terdiri daripada penduduk yang mempunyai pengalaman, sepertimana yang diperlukan untuk bekerja dengan Majlis Perbandaran dan wakil rakyat bagi menyediakan penyelesaian yang menyeluruh dan bersepadu.

Dalam pada itu, seorang lagi Pengerusi Bersama CGG, Jerald Joseph berkata, pihaknya bimbang kerana penyampaian perkhidmatan oleh kerajaan tempatan di Selangor masih lagi tidak menepati jangkaan orang ramai.

“Tedapat jurang komunikasi antara kerajaan tempatan dan orang ramai.

“Penyertaan awam seperti yang dibayangkan dalam Agenda Tempatan 21 tidak berkesan dalam mendapatkan maklum balas orang ramai yang tepat dan hanya merupakan perhiasan selepas keputusan dibuat,” katanya.

Semua sekolah JAIS bermula 12 Januari

 
Keputusan tersebut mengambil kira semua keadaan dan kesukaran pelbagai pihak yang terlibat dalam bencana banjir.


jawi2


PETALING JAYA : Semua sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memulakan sesi persekolahan tahun 2015 bermula pada 12 Jan 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyelaraskan semua sekolah di bawah JAIS dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Keputusan ini mengambil kira semua keadaan dan kesukaran semua pihak yang terlibat dalam bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia dan beberapa kawasan di negeri Selangor.

“Kerajaan Negeri Selangor amat bersimpati dan prihatin kepada keluarga yang terlibat dengan bencana banjir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga berharap sekolah-sekolah swasta dan agensi-agensi lain di Negeri Selangor dapat menyelaraskan permulaan persekolahan pada 12 Jan ini.

Tambahnya, keputusan itu diambil supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat seluruhnya.

Pada 29 Dis lalu, Kementerian Pendidikan bersetuju menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda hampir seluruh negara pada masa sekarang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, pihaknya sangat mengambil berat masalah yang bakal dihadapi semua pihak termasuklah pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya sesi persekolahan dibuka mengikut jadual asal iaitu pada 4 dan 5 Januari 2015.

Beliau berkata, tarikh baru sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Jan 2015 (Ahad) manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Jan 2015 (Isnin).

Politik negara dijangka panas pada 2015

 
Rakyat sudah pandai menilai dan bukan mudah dipengaruhi, pemimpin hendaklah lebih matang menghadapi keadaan politik semasa.


Salleh Keruak_300


PETALING JAYA: Negara mungkin akan berdepan dengan pelbagai cabaran pada tahun hadapan terutamanya dalam bidang politik mahupun ekonomi, apatah lagi bila Malaysia menjadi anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menjadi perhatian antarabangsa.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, perkara yang akan paling menarik perhatian rakyat adalah perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan(GST) terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

“Kita sudah lama maklum mengenai pelaksanaan GST mulai 1 April 2015, maka sewajarnya kita membuat persediaan awal menghadapinya. masih belum terlambat merangka pelan tindakan,” katanya menerusi entri terbarunya.

Sementara itu, beliau berkata, suasana politik negara juga dijangka panas apabila isu 1MDB, hukum Hudud, kes liwat ketua pembangkang, masalah dalaman Pakatan Rakyat, politik baru UMNO dan pendebatan liberal dan extreme Melayu, kesemua isu tersebut akan terus mewarnai keadaan politik Malaysia.

Malah, cabaran termasuk dari aspek keselamatan dan kesudahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan isu kebanjiran pendatang asing di Sabah juga akan terus dimainkan oleh ahli-ahli politik.

“Dalam konteks politik hari ini, saya sering tegaskan bahawa suasananya sudah jauh berbeza berbanding dahulu.

“Kita kena terima hakikat ini. Rakyat sudah pandai menilai dan bukan mudah dipengaruhi. Maka, pemimpin kena lebih matang dalam menghadapi keadaan politik seperti ini,” ujar beliau.

Pada masa yang sama, Salleh berkata, suasana politik di semenanjung sangat berlainan dengan Sabah di mana perpaduan di negeri itu masih lagi kuat malah menjadi contoh gagasan 1Malaysia yang sebenar.

“Perpaduan kita tetap utuh biarpun dalam kepelbagaian kaum etnik dan kepercayaan. Tidak wujud pergeseran antara kaum dan agama,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, bagi memastikan keadaan politik negara berada dalam keadaan baik, Sabah perlu menjadi contoh dalam menangkis fahaman ekstrim agama dan kaum.

“Kita lakukan ini demi untuk pertahankan keharmonian antara kita,” jelas beliau.

Ada api dalam sekam sekeliling Najib – Kadir Jasin

 
Terlalu ramai penasihat dengan pelbagai kepentingan dan keutamaan peribadi menyebabkan mereka gagal mencapai kata sepakat dan menggerakan perhubungan awam kepada Perdana Menteri.


Datuk Abdul Kadir Jasin


PETALING JAYA: Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin mengingatkan kewujudan pegawai atau penasihat yang disifatkan sebagai api dalam sekam kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta akan memusnahkan imej dan perhubungan awam Perdana Menteri.

Menurut beliau, Perdana Menteri mempunyai ramai penasihat dan pembantu media yang hakikatnya diragui keupayaan profesional dalam perang saraf tetapi mempunyai kesetiaan yang diragui dan ketakutan pada pihak tertentu.

Katanya, akibat terlalu ramai penasihat dengan pelbagai kepentingan dan keutamaan peribadi menyebabkan mereka gagal mencapai kata sepakat dan menggerakan perhubungan awam kepada Perdana Menteri.

Masalah tersebut jelas bekas Ketua Pengarang Akhbar Kumpulan News Strait Times meleret sehingga kepada wartawan dan pengarang akhbar dan media berdepan dengan masalah ‘wahyu’ semasa menentukan penulisan dan penyiaran berita mengenai Perdana Menteri.

Tulisan tersebut dimuatkan dalam entri terbaru blog Zainuddin, zamkata.blogspot.com, yang antara lainnya memperkatakan perihal kegagalan unit media mengendalikan isu Najib bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama semasa bercuti di Hawaii.

”Saya yakin Saudara (Zainuddin) sendiri tahu siapa yang menerajui unit itu dan apa pula kepakaran mereka dalam isu perang saraf,” soal Kadir kepada Zainuddin mengenai pegawai dan penasihat media yang gagal menjalankan tugas dengan baik dan amanah.

Menurut Kadir, perhubungan media Najib amat berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri yang sering mengadakan pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan akhbar dan media di belakang tabir.

”Sebelum Mohd Najib naik jadi PM, saya dan beberapa orang wartawan kanan menemui beliau dan antara yang kita sebutkan kepada beliau ialah peri pentingnya menangani pengaliran maklumat,” katanya.

Beliau menambah: ”Saudara dan saya pasti nostalgia mengenai pertemuan berjadual yang berlaku antara para pengarang dan Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM. Di belakang tabir kita berbincang dan berbahas secara terbuka. Kita bersetuju dan tidak bersetuju.”

Doa, setiakawan buat mangsa banjir dan nahas pesawat

doa dan setiakawan

Roketkini.com


GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang merakamkan rasa simpati, sokongan dan setiakawan kepada hampir 250,000 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah. Perlis dan Johor.

Dalam perutusan tahun baru 2015 hari ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng turut memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga 162 mangsa nahas pesawat Air Asia QZ8501, selain ingatan buat keluarga mereka yang kehilangan orang tersayang dalam kejadian tragis dua penerbangan MAS MH370 dan MH17 tahun ini.

“Bencana-bencana ini mengingatkan kita semua bahawa, walaupun tidak berdaya menghadapi kuasa dan murka alam, kita boleh mengurangkan kesan buruk dengan syarat kita mempunyai mekanisme yang berkesan dan pengurusan krisis cekap.

“Masanya telah tiba untuk tadbir urus yang baik untuk tidak bergantung kepada personaliti, tetapi institusi berdasarkan sistem, dasar dan prinsip yang berfungsi.

“Kami berharap punca sebenar bencana ini ditemui dan keadilan diekmbalikan kepada ahli-ahli keluarga,” kata Guan Eng dalam perutusan tahun baru 2015 hari ini.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri melalui inisiatif khusus berusaha mengembangkan dasar keprihatinan kepada orang miskin, wanita dan anak muda yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda sebahagian besar megeri di Malaysia.

“Walaupun sebuah negeri yang kecil, kerajaan negeri Pulau Pinang menderma RM 1.5 juta untuk menunjukkan perhatian kami dan memngingatkan kepada mangsa banjir tahu bahawa mereka tidak keseorangan dalam penderitaan.

“Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada 1.6 juta rakyat Pulau Pinang yang bermurah hati menderma kepada warga Malaysia yang memerlukan,” kata Guan Eng.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng berharap rakyat Malaysia kita tidak melupakan mangsa ribut di Balik Pulau, yang merosakkan 367 buah rumah, khususnya 220 buah rumah di Sungai Rusa dan 100 buah rumah di Permatang Pasir.

Namun kata Guan Eng, agensi kerajaan negeri telah mengambil langkah segera untuk memulihkan keadaan dan membantu dalam kerja-kerja pembaikan. – Roketkini.com

Selamat Tinggal 2014, Tahun Yang Banyak Menumpahkan Airmata

shahbudindotcom


Hanya beberapa jam saja lagi, tirai tahun 2014 akan berlabuh untuk digantikan dengan ketibaan tahun baru 2015 pula. Tahun 2014 adalah tahun penuh duka sengsara bagi rakyat negara kita, bahkan mungkin boleh dianggap sebagai tahun paling banyak menumpahkan airmata.

Bermula dengan tragedi empangan kering  di Lembah Kelang dan beberapa negeri pada bulan Februari dan berlarutan sehingga April yang menyaksikan kita bukan saja dihimpit kemarau, bahkan juga kekurangan bekalan air untuk kehidupan seharian, kita kemudian dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 pada bulan Mac tahun yang sama.

Meski berbagai usaha dan ikhtiar dijalankan, nasib penumpang dan pesawat milik MAS itu kekal misteri sehingga kini. Tidak diketahui sama ada ia tersembam di dasar bumi, terperosok di celah karang lautan yang dalam, reput di dalam hutan yang tebal atau tersembunyi di ruang angkasa. 

Bersama peredaran masa, tak terkira berapa banyak air mata keluarga mangsa serta rakyat yang simpati tumpah kerananya.

Pada bulan Julai pula, ketika umat Islam menyambut puasa dan bersedia menyambut Hari Raya, kita dikejutkan lagi dengan kehilangan sebuah lagi pesawat MAS iaitu MH17. Kali ini ia ditembak jatuh di timur Ukraine sehingga menyebabkan semua penumpangnya terdampar tidak bernyawa.

Sekali lagi, air mata keluarga mangsa dan rakyat jelata yang bersimpati tumpah kerananya.

Di penghujung tahun ini, sebuah lagi pesawat terhempas dan mengorbankan ratusan nyawa. Walaupun pesawat yang terhempas adalah Air Asia Indonesia tetapi kerana ia berada dalam Kumpulan Air Asia yang dimiliki rakyat negara kita, tambahan pula Malaysia dan Indonesia serumpun serta sebangsa, derita dan air mata turut juga tumpah disebabkannya.

Kehilangan tiga pesawat dalam tempoh setahun barangkali suatu sejarah dan tiada negara yang mengalaminya sehingga diam-diam ada yang mula bertanya, musibah atau ujian apa yang mahu ditunjukkan Tuhan kepada kita?

Memikirkan semua itu, air mata pasti menitis juga.

Pada bulan Disember 2014 ini juga, beberapa negeri terutama di Pantai Timur dilanda musibah banjir yang begitu luar biasa hebatnya. Banyak kerosakan harta benda, kemusnahan barang berharga dan kehilangan jiwa telah melanda.

Sehingga ini pun, banjir masih menggila di beberapa tempat di seluruh negara. Nilai kemusnahan tak terbilang lagi dek angka, lalu hanya airmata sebagai penenang jiwa sambil berdoa kepada Yang Maha Esa.

Tragisnya banjir kali ini menyababkan ramai rakan-rakan kita yang ditimpa musibah ini tidak merasai apa-apa yang istimewa dengan kedatangan tahun baru 2015. Mereka menangis dan menumpahkan airmata di penghujung 2014 dan kekal menyambut ambang 2015 dengan duka dan airmata juga.

Di celah-celah semua tragedi dan musibah itu, kita juga dihadapkan dengan kejadian jerebu sekali-sekala, soalan bocor bertimpa-timpa dan pelbagai kejadian lain yang meruntun jiwa.

Politik kita pula tidak pernah amannya, hubungan kaum sentiasa dalam sengketa, pembaziran di mana-mana, hutang negara berganda-ganda dan sesama pemimpin pula lebih suka berlaga serta bersengketa.

Di tahun 2014 juga, kita dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barang yang berpunca daripada minyak yang dinaikkan beberapa kali harganya. Walaupun menjelang awal tahun baru 2015 nanti,  kita bakal menerima khabar gembira penurunan harga petrol dan diesel kerana harga di seluruh dunia turun sama, kita juga sebenarnya tidak tahu sejauh mana penurunan itu bakal menggembirakan kita.

Mungkinlah penurunan harga minyak ini hanya untuk beberapa bulan saja, tapi yang sedihnya harga barang tidak pernah turun-turun juga.

Pendeknya, berbanding tahun-tahun sebelumnya, 2014 adalah paling menyedihkan, penuh airmata dan membuatkan kita lebih banyak bersedih daripada bergembira.

Selaku insan kerdil  di dunia sementara ini, hanya doa kepada Yang Maha Esa dapat kita panjatkan agar 2015 nanti lebih membawa ceria  dan gembira.  Kiranya ditakdirkan ianya penuh detik-detik duka juga, harapan kita semoga Tuhan terus memberikan kita kekuatan dan redha atas segala-galanya.

Najib Razak & Rosmah Mansor Bercuti di Hawai Dengan Pesawat Jet 9M-NAA Milik Kerajaan Malaysia. Najib Balik Malaysia Dengan RMAF Boeing 777?




bercuti di Hawaii



Najib Razak & Rosmah Mansor Bercuti di Hawai Dengan Pesawat Jet M9-NAA Milik Kerajaan Malaysia. Najib Balik Malaysia Dengan RMAF Boeing 777? Rosmah Mansur kat mana, Rosmah Mansor kat mana, Rosmah kat mana.

Sebagai rakyat Malaysia yang acapkali disuapkan dengan kelibat isteri Najib Razak, Rosmah Mansor dikebanyakan majlis dan acara dalam dan luar negeri samada bersama Perdana Menteri Malaysia ataupun berseorangan. Sangat aktif. Sehinggakan…. kelibat Najib Razak kali ini sedikit janggal tanpa kelibat isterinya Rosmah mansor dalam lawatan PM ke pusat bantuan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang.

KLIK SINI BERITA BERKAITAN : Lawatan Rasmi Najib Razak ke London, New York,
 Washington DC Berjumlah RM2,908,563.82. Sempat Singgah Milan & Dubai!!
 
najib bercuti di hawaiiDan ada yang mula tertanya-tanya di mana Rosmah Mansor. Bagi Berita Semasa samada Rosmah Mansor ada atau tidak “bukanlah persoalan atau isu yang besar sebenarnya”. Tiada masalah jikalau Rosmah mansor tiada sekalipun. Biarlah dia dengan kehidupan dia. Tetapi…..

Tetapi pandangan dan pemerhatian Berita Semasa tertumpu kepada mana pergi pesawat milik kerajaan Malaysia yang membawa Najib Razak bercuti ke Hawaii selepas dikesan bermain golf dengan Barack Obama di Hawaii yang telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia

Siapa Guna Pesawat Jet 9M-NAA Milik Kerajaan Malaysia Sekarang? Najib Balik Dengan RMAF Boeing 77

Yang menarik perhatian Berita Semasa apabila Datuk Seri Najib Razak tidak terbang balik terus dari Hawaii ke Kuala Lumpur.
  • Mengapa dan kenapa Perdana Menteri Najib Razak pulang ke Malaysia dan tiba di Kota Bahru Kelantan pada 27 Disember 2014 dengan menggunakan Jet TUDM (M53-01) dari Hong Kong? Di mana dan ke mana perginya pesawat Jet Eksekutif Kerajaan Malaysia 9M-NAA?
  • Berita Semasa difahamkan Perdana Menteri Malaysia telah terbang ke Los Angeles menggunakan Cathay Pacific untuk ke Hong Kong. Yang mana dari Hong Kong satu lagi pesawat milik kerajaan Malaysia telah digunakan menerbangkan terus Najib razak terus ke Kota Baharu Kelantan dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kelantan pada pukul 1:40 petang 27 Disember 2014 menggunakan kapal terbang RMAF Boeing 777
  • Berdasarkan semakan Berita Semasa menunjukkan pesawat 9M-NAA telah berlepas dari Hawaii untuk bergerak dan singgah di Los Angeles & akhirnya ‘berakhir’ di Indianapolis.
  • Persoalannya sekarang ini siapa yang berada di dalam pesawat milik kerajaan Malaysia 9M-NAA pada ketika ini?
Ini kerana berdasarkan laporan berita Bernama, menunjukkan yang mana Najib Razak telah terus melawat pusat bantuan banjir di Kelantan sejurus tiba di kota Bharu, Kelantan Malaysia pada 1:40 petang 27 Disember 2015.

P/S : Anwar Ibrahim tidak nampak kelibat pada ketika ini. Takkanlah ketika mahu berdemo atau berkempen politik baru nampak muka? Tidak salah jikalau tiada, tetapi dalam “permainan politik di Malaysia” jangan salahkan rakyat Malaysia jika seribu macam persepsi keluar di minda mereka pada masa ratusan ribu terlibat dengan banjir 2014 kali ini.


PP/S : Hak kerajaan Malaysia bukanlah “lesen besar” untuk digunakan sesuka hati untuk kepentingan peribadi. Mohon bertanya sekali lagi di aman pesawat jet 9M-NAA?

Jaket timbulkan persoalan isyarat cemas

MALAYSIAKINI




Pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal, hilang Ahad lalu.
 
 
 
Pesawat Airbus 320-200 itu berlepas dari Surabaya, Indonesia pada jam 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Singapura dua jam kemudian, tetapi ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.
 
Pihak berkuasa Indonesia melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).
 
Malaysiakini menyiarkan secara langsung perkembangan yang berlaku hari ini.


LANGSUNG HARI KEEMPAT

4.07pm: Seorang mangsa yang ditemui memakai jaket keselamatan menimbulkan persoalan tentang detik-detik terakhir pesawat QZ8501.

Laporan Reuters menyebut ia menandakan penumpang mempunyai masa sebelum pesawat terhempas menghentam permukaan laut - atau selepas ia terhempas dan sebelum tenggelam.

Namun, juruterbang tidak pula dikesan menghantar sebarang isyarat kecemasan.

1.12pm: Satu imej sonar mengenalpasti satu objek besar dan gelap dalam laut yang mungkin merupakan pesawat AirAsia yang hilang, lapor Reuters.

"Ia kira-kira 30 ke 50 meter di dalam air," kata Hernanto, seorang pegawai dengan agensi menyelamat dan mencari Indonesia.

Ahli-ahli penyelamat kini bersiap sedia untuk mendapatkan sebarang mayat dari pesawat dan melakukan proses pengenalpastian.

"Kami berdoa yang ia adalah pesawat itu agar proses mengeluarkan mayat boleh dilakukan secepat mungkin," kata Hernanto.

12.04pm: Presiden Indonesia Joko Widodo akan mengadakan mesyuarat kabinet di pejabat beliau hari ini.

Mesyuarat itu antara lainnya dijangka akan membincangkan nahas pesawat AirAsia.

Sampel DNA ahli keluarga untuk kenal pasti mangsa

10.40am: Sampel DNA untuk tujuan mengenalpasti identiti diperolehi daripada 30 keluarga yang mempunyai sanak saudara dalam penerbangan QZ8501, lapor detik.com

Pihak berkuasa menggesa lebih ramai anggota keluarga tampil ke hadapan agar lebih banyak sampel dapat diambil.

10.20am: Operasi SAR Indonesia telah meminta kapal perang USS Sampson supaya bersiap sedia.

Pihak berkuasa juga berkata, walaupun mereka mengalu-alukan bantuan negara jiran, tetapi mereka akan hanya menggunakannya apabila diperlukan, lapor detik.com.

10.15am: Selain mayat, pasukan SAR telah juga menemui dua pintu pesawat, satu tingkap kecemasan, satu beg galas dengan makanan di dalamnya serta kasut kanak-kanak dan sebuah kamera poket, lapor detik.com yang memetik para pegawai.

Cuaca buruk jadi cabaran

10.05am: Dua puluh lagi penyelam kini bersiap sedia, menjadikan jumlah penyelam yang terlibat dalam operasi SAR seramai 47 orang.

Pegawai operasi SAR berkata, akibat laut bergelora dan cuaca buruk, detik.com melaporkan mereka masih tidak dapat meneruskan usaha mengambul mayat di laut.

10.00am: Britain, Singapura dan Perancis menghantar pakar mereka membantu mengesan kotak hitam pesawat. Airbus juga menghantar pakar untuk membantu mengesan rangka pesawat itu, lapor detik.com.

Enam mayat dikeluarkan

9.10am: Pesawat Hercules yang terlibat dalam operasi SAR terpaksa berpatah balik ke Pangkalan Bun disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk.

Operasi SAR hari ini bermula jam 5.40 pagi, lapor detik.com.

9am: Sehingga ini, enam mayat sudah dikeluarkan - tiga lelaki dan tiga perempuan.

Satu daripadanya telah dikenal pasti sebagai seorang pramugari, lapor detik.com.

8.30am: Daripada tiga mayat mangsa nahas pesawat malang QZ8501 yang ditemui di perairan Belitung semalam, seorang daripadanya adalah seseorang kanak-kanak itu.

detik.com melaporkan para pegawai berkata mayat yang dilihat dari pesawat tentera Hercules ialah dua lelaki dan seorang perempuan.

Laporan itu memetik pegawai yang terlibat dalam operasi SAR sehingga 7 petang semalam.

Gerakan mencari diteruskan awal hari ini.

Tanah mendap hantui penduduk Pengerang

MALAYSIAKINI




 


Rata-rata penduduk di Pengerang, Johor berkata takut dan bimbang selepas dipindahkan bagi memberi laluan kepada Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid) yang dibangunkan syarikat gas negara Petronas.

Penduduk tidak menduga akan berdepan masalah berterusan tanah mendap dan rekahan tanah tapak rumah di Taman Bayu Damai, tempat baru itu.

“Air hujan akan mengalir ke bawah rumah saya. Saya bimbang... tempat ini jadi sarang nyamuk jika menakung air,” kata Salman Abdullah (kiri) yang berpindah dari Kampung Sungai Kapal.

Kira-kira 400 penduduk di kampung itu berpindah ke Taman Bayu Damai mulai Mac tahu ini.

Kawasan pembangunan baru itu menjadi kawasan perumahan baru untuk penduduk yang terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada Rapid.

Menurut penduduk, sebanyak 1,200 rumah dibina di kawasan yang dulunya paya.

Berdasarkan tinjauan Malaysiakini dua minggu lalu, ramai penduduk menghadapi masalah sama.

Selain itu terdapat juga penduduk mendakwa belum mendapat geran untuk rumah baru mereka itu.

Kemudahan kedai, sekolah, masjid dan klinik juga masih belum cukup di kawasan itu.

Sementara itu, seorang pesara kerajaan Hamidun Ahmad (bawah) mendakwa pegawai kerajaan yang terlibat dalam projek itu serta kontraktor bangunan tidak cekap.

Dakwanya, walaupun banyak aduan dibuat, ia tidak dipedulikan,

“Mereka hanya suruh kami isi borang dan hantar ke pejabat. Mereka kata ia akan dibaiki dalam masa seminggu, sampailah sekarang,” dakwanya.

Menurut laporan kewangan Tebrau Teguh Sdn Bhd pada 2012, mereka dilantik oleh kerajaan Johor untuk menjadi kontraktor untuk projek Taman Bayu Damai.

Syarikat itu kemudian dinamakan semula sebagai Iskandar Waterfront City Sdn Bhd.

Ia juga salah satu kontraktor terlibat untuk pembinaan Waterfront City di Iskandar, Johor.

Berdasarkan laporan itu, projek perumahan itu bernilai RM520 juta.

Malaysiakini masih belum mendapatkan reaksi syarikat kontraktor itu walaupun telah beberapa kali menghubunginya.

Bomba siasat kejadian libat anggota semasa banjir

MALAYSIAKINI


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menyiasat secara telus dan menyeluruh berhubung dua insiden membabitkan anggotanya ketika menyelamat mangsa banjir di Kemaman dan Dungun baru-baru ini.
  
Pengarah JBPM Terengganu, Md Salleh Sarbini berkata siasatan akan  merangkumi segala aspek berkaitan kejadian pasangan suami isteri mati lemas di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman.
  
Beliau berkata pihaknya akan turut menyisat kejadian kenderaan yang dinaiki empat anggota bomba terjatuh ke dalam gaung akibat kejadian tanah runtuh semasa banjir di Al-Muktafi Billah Shah, (AMBS) Dungun.
  
"Langkah itu diambil bagi memastikan sama ada anggota terbabit benar-benar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan atau sebaliknya.
   
"Kita akan terus menjalankan siasatan ke atas dua kejadian ini terutama tragedi bot penyelamat (bomba) yang terbalik di Kemaman. Setelah selesai siasatan, tindakan selanjutnya akan diputuskan untuk penambahbaikan," katanya.

Beliau menegaskan demikian sewaktu melawat seorang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat AMBS, Maharazir Mat Saud di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.

Md Salleh diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa operasi menyelamat yang dilakukan dalam kejadian bot bomba terbalik ketika memindahkan mangsa banjir di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman pada 24 Disember lalu yang mengorbankan sepasang suami isteri dikatakan tidak mengikut SOP ditetapkan.

Mangsa ialah Nurhayati Sulong, 37, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Geliga dan suaminya, Suhaimi Awang, 37, yang dikatakan bekerja dengan sebuah syarikat di Pengkalan Bekalan Kemaman, Teluk Kalong.
  
Manakala satu lagi kejadian pada hari yang sama membabitkan empat anggota dari balai AMBS termasuk Maharazir, 36, yang nyaris maut setelah kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung semasa cuba mengelak jalan runtuh ketika dalam perjalanan untuk memindahkan mangsa banjir di Kampung Shukor.
  
Md Salleh seterusnya berkata pihaknya akan sentiasa memastikan kesemua anggota bomba yang sedang bertugas membantu mangsa banjir di negeri ini tidak mengabaikan aspek keselamatan selain mengikut SOP yang ditetapkan.
  
"Semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam operasi banjir perlu sentiasa berhati-hati ketika menjalankan tugas menyelamat, sekali gus mengelak insiden tidak diingini," ujarnya.
  
Tambah beliau buat masa ini pihaknya tidak bercadang untuk menambah jumlah anggota bagi menghadapi bencana itu memandangkan keanggotaan sedia ada iaitu seramai 700 orang dan aset sudah mencukupi.- Bernama

QZ8501: Sampel DNA waris diambil

MALAYSIAKINI


Unit Identiti Bencana (DVI) Polis Daerah Jawa Timur telah mengambil sampel DNA waris dan anggota keluarga untuk mengenal pasti identiti ketika proses pemindahan mayat pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 memasuki hari kedua.
  
Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar Budiyono berkata maklumat membabitkan 15 orang daripada 93 keluarga itu telah dilengkapkan sejak hari pertama kejadian dan pihaknya menjangka ia akan bertambah pada hari Rabu.
  
"Mengikut SOPnya, maklumat yang diperlukan adalah gambar mangsa, rekod perubatan, sampel DNA dan ciri-ciri fizikal mangsa.
  
"Maklumat ini penting untuk memudahkan proses pengecaman mangsa dan urusan untuk menyerahkan (mayat) kepada keluarga secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di Pusat Krisis di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, 40 kilometer dari Surabaya.
  
Beliau berkata pihaknya sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menerima jenazah penumpang dan kru pesawat itu sebaik tiba di medan parkir lapangan terbang ini.

Laporan media menyebut enam mayat membabitkan tiga lelaki dan tiga wanita termasuk seorang kru penerbangan, kini dalam proses untuk dibawa keluar oleh pasukan misi mencari dan menyelamat di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira sejam penerbangan dari Surabaya.
  
Cuaca buruk termasuk ombak setinggi tiga meter menjejaskan operasi itu untuk mencari baki mayat penumpang pesawat yang dalam perjalanan ke Singapura itu.

Budiyono berkata, kesemua mangsa terkorban akan ditempatkan di Hospital Bhayangkara, Surabaya, kira-kira 30km dari lapangan terbang, untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti identiti.
  
Jelasnya, hospital itu juga sudah dipersiapkan dan mencukupi untuk menampung mangsa membabitkan sebanyak 150 ruang dilengkapi pendingin hawa jika jenazah tiba nanti.
  
"Kami juga telah mendapat kerjasama pelbagai pihak yang telah menawarkan diri seperti doktor (peribadi dan swasta), ahli forensik dan sukarelawan," katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan yang pusat krisis di lapangan terbang itu akan dipindahkan ke Hospital Bhayangkara, namun semuanya bergantung kepada keadaan.
  
Tinjauan Bernama mendapati ada kira-kira 130 ambulans disediakan di lapangan terbang itu, yang akan membawa jenazah ke hospital kerana tiada hangar disediakan untuk menyimpan jenazah.
  
Bersebelahan pusat krisis itu pula, ada kakitangan perubatan sedang mengendalikan urusan mendapatkan cap jari, data dan biometrik waris dan anggota keluarga pesawat itu termasuk warga asing.
  
Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi hari sama.
  
Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).
  
Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga United Kingdom.
  
Kru pesawat itu terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis. - Bernama

Banjir: MB tuding jari pada peneroka haram

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menangkis kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan bencana banjir buruk dengan kegiatan pembalakan tidak terkawal di Kelantan.

Ahmad berkata, jika dakwaan itu benar sekalipun, ia mungkin berpunca daripada kegiatan penerokaan haram.

“Kejadian pembalakan yang tidak terkawal jika berlaku mungkin disebabkan penerokaan haram yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan efektif dalam hal ini,” katanya yang meminta Najib merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan seperti itu.

Tambahnya, faktor lain termasuk fenomena limpahan air hujan yang berlebihan juga menyumbang kepada bencana tersebut, yang menyebabkan sehingga 275,000 hilang tempat tinggal.

Ketika ditanya, Najib tidak menolak jangkaan bahawa pembukaan tanah berleluasa di Kuala Krai dan Gua Musang menjadi penyumbang utama kepada bencana tersebut.

"Pembukaan tanah berleluasa – terutama untuk pembalakan – memberi kesan kepada alam sekitara kerana tiada penampan untuk menghalang air daripada mengalir terus ke sungai dengan deras,” katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

Mengulas lanjut, Ahmad membangkitkan beberapa piawai dan syarat pembalakan yang menurutnya sudah dipenuhi oleh kerajaan negeri Kelantan.

Patuhi syarat

“Apabila saya mendengar beberapa pihak termasuk semalam perdana menteri Malaysia ada menyifatkan bahawa banjir di Kelantan disebabkan pembalakan tidak terkawal ianya perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada pihak kerajaan negeri.

“Sistem pembalakan di Kelantan pada hakikatnya telah mematuhi Kup Tahunan seluas 5,960 hektar setahun yg diluluskan oleh Majlis Tanah Negara.

“Malah pengurusan hutan di Kelantan telah diberi pensijilan MC&I (Kriteria Malaysia dan penunjuk bagi persijilan hutan) dan SFM (pengurusan hutan secara berkekalan) oleh badan bebas antarabangsa.

“Pembukaan kawasan untuk projek TLC (perladangan hutan getah) semuanya perlu lulus EIA (penilaian impak alam sekitar) sebelum projek dimulakan,” kata Ahmad lagi.

Faktor kemusnahan alam itu turut menjadi perhatian sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang meminta masyarakat agar lebih menumpukan kepada soal penjagaan sumber alam.

Laporan Bernama pada Sabtu lalu menyebut, baginda bertitah bahawa masyarakat perlu kembali bersahabat dengan alam dan mengakui bahawa bencana yang timbul berpunca daripada tindakan manusia.

Anwar hanya tahu perlekeh, kata Syed Ali

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin Pakatan Rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya tahu mengkritik usaha kerajaan menangani masalah banjir dan tidak pun turun padang membantu, kata pemimpin Umno Wilayah Persekutuan.

Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata pemimpin pembangkang hanya sibuk mempertikaikan perkara lain seperti penggunaan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di kampit beras yang diagihkan.

“Itu bukan isu, tak ada salahnya jika kerajaan berbuat demikian, lagi pun memang patut untuk beritahu rakyat terutama di Kelantan bahawa kerajaan BN sentiasa bersama mereka sama ada sewaktu masa senang dan susah,” tegasnya setiausaha Umno dan BN Kuala Lumpur itu.

Anwar (kanan) kelmarin menggesa agar diluluskan peruntukan segera untuk makanan dan ubat-ubatan, terutama untuk kawasan-kawasan kritikal.

Beliau juga mengusulkan supaya Pusat menyediakan rancangan menyeluruh untuk memperbaiki atau membangunkan semula rumah yang musnah akibat banjir yang melanda beberapa negeri di semenanjung Malaysia.

Beliau bagaimanapun menggesa semua pihak bertindak dalam satu pasukan dan menyokong langkah kerajaan membantu lebih 200,000 mangsa banjir di negeri terjejas.

Menurut blog Umno Cheras hari ini, Syed Ali juga dilapor menyifatkan Anwar sebagai “memperbodohkan rakyat dengan pelbagai janji” sedang beliau dikatakan berada di luar negeri ketika kejadian.

“Kalau Najib boleh pendekkan percutiannya dan bergegas pulang bertemu rakyat, mengapa pula Anwar atau (Presiden PKR Datuk Seri) Wan Azizah (Ismail) tidak sanggup berbuat demikian, ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan agenda peribadi,” tegasnya.

Kesal maklumat palsu

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali juga kesal terhadap segelintir pihak menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir menerusi laman sosial sehingga mencetuskan keresahan.

“Ini bukannya waktu untuk bersuka ria atau berseronok, banjir adalah mala petaka yang meragut nyawa dan memusnahkan harta benda, kita sepatunya prihatin dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya,” ujarnya.

Selepas banjir, air mata pula membasahi Kuala Krai

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA KRAI: Penduduk Kuala Krai hanya mampu mengalirkan air mata setelah melihat kemusnahan harta benda mereka akibat daripada bencana banjir teruk yang melanda beberapa buah kampung di jajahan ini.

Terkejut dan tergamam melihat kemusnahan teruk yang menimpa kampung halaman mereka, penduduk Kuala Krai menggambarkan keadaan ibarat selepas dipukul tsunami 2004 yang kebetulan juga sudah genap sedekad ketika ini.
Di Sungai Durian terdapat beberapa buah rumah runtuh sama sekali selepas banjir menenggelamkan perkampungan itu pada 23 Disember lalu dan menyebabkan penduduk terpaksa menyelamatkan diri ke pusat pemindahan.

Bagi Rosmaria Ghazali, 34, beliau hanya mampu menangis melihat rumahnya ditenggelami air hingga ke paras bumbung yang memusnahkan sama sekali rumah dan perabot.

"Saya terkejut dan tergamam apabila datang melihat rumah. Saya tak tahu nak buat apa lagi," katanya sambil mengalirkan air mata ketika ditanya BERNAMA.

Beliau yang berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Embak di sini berkata apa pun beliau tetap bersyukur kerana semua lima anggota keluarganya selamat.
"Biarlah harta benda ini ... yang penting semua keluarga saya termasuk ibu bapa saya selamat," katanya.

Rosmaria juga berharap agar bantuan kewangan dapat disalurkan segera untuk dia dan keluarga dapat menggunakannya bagi membeli keperluan yang mustahak.

"Saya juga bersyukur apabila Bantuan Rakyat 1Malaysia dipercepatkan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Salamah Mahmud, 56, juga hanya mampu menangis apabila disapa tentang rumahnya yang runtuh akibat banjir.

"Mak cik orang susah ... mana lagi kami nak tinggal dan berharap pusat pemindahan yang mak cik duduk ini dibuka lama lagi," katanya dengan sayu.

Beliau yang tinggal bersama-sama suaminya Mamat Kassim, 63, berharap kerajaan akan memberikan mereka rumah baharu.

Tinjauan di Kampung Hutan Batu Balai di sini juga keadaannya agak sama dan ketika bantuan makanan seperti beras diagihkan oleh Komuniti 1Malaysia, mereka hadir beramai-ramai mendapatkan bekalan itu.
Yusof Ghani, 52, berkata ketika banjir baru-baru ini penduduk kampung hampir terputus bekalan kerana keadaan banjir yang begitu teruk.

"Alhamdulillah bantuan tiba dengan helikopter dan kami di sini ucapkan terima kasih kepada kerajaan yang dapat memberikan bantuan dengan cepat jugalah," katanya.

Rumahnya ditenggelami hingga melepasi bumbung yang tidak pernah dialami penduduk di situ sejak sekian lama.

Di bandar Kuala Krai, terdapat peti ais tersangkut atas bumbung sebuah kedai makan yang membuktikan betapa seriusnya banjir di kawasan itu.

Kesan air banjir dapat dilihat hampir mencecah puncak pokok kelapa iaitu melepasi bumbung rumah dan premis di situ. – BERNAMA

QZ8501: Kisah pramugari dan nota cinta

ANTARAPOS.COM


Post Pic



JAKARTA: Kisah seorang pramugari pesawat AirAsia Indonesia yang memuat naik gambar di rangkaian media sosial yang tertera tulisan "I Love You From 38000 ft'', amat menyentuh perasaan.

Detik.com dalam laporannya hari ini berkata, salah seorang krew pesawat QZ8501 yang terputus hubungan Ahad lalu adalah pramugari Khairunisa Haidar Fauzi, 22, yang cukup aktif di media sosial.

Laporan itu berkata, pramugari yang lebih selesa dipanggil Nisa ini kerap menjadikan Instagram sebagai salah satu media sosial untuk memuat naik banyak gambar mengenai foto kegiatan hariannya.

"Setelah hilangnya AirAsia QZ8501, salah satu gambar dari Instagram Nisa yang banyak tersebar di media sosial ialah gambar yang dimuat naik dua dua minggu lalu.

"Foto berkenaan menampilkan sehelai kertas yang ditempalkan di tingkap pesawat. Di kertas berwarna coklat itulah terdapat tulisan tangan Nisa 'I LOVE YOU FROM 38000 ft' (Saya sayang anda dari 38,000 kaki) dengan berlatar belakangkan ada pemandangan sayap pesawat yang berada di atas awan," kata laporan itu.

Dipercayai gambar berkenaan itu diambil ketika Nisa sedang bertugas sebagai pramugari di AirAsia.
"Nisa juga membuat keterangan pada gambar iaitu: 'Yes! I love you :x #love #caption #wings #aircraft'," kata Detik.com.

Setelah QZ8501 dilaporkan hilang, ratusan komen ditulis pengguna Instagram dengan kebanyakan menyatakan perasaan sedih, malah ada juga yang berharap Nisa boleh membaca semua komen berkenaan.

Susulan itu, keluarga pramugari berkenaan agar Nisa terselamat dalam kejadian yang menimpa pesawat QZ8501 yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, Ahad lalu.

Ayahnya, Haidar sangat berharap anak perempuannya itu dapat ditemui dengan selamat.
"Harapan semoga Nisa mampu ditemui dengan selamat," kata Haidar di kediamannya Jl Pipa Nomor, Kelurahan Pipa Reja, Kemuning, Palembang, semalam.

Nisa menjadi pramugari AirAsia sejak 2013. Dia adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan lahir di Palembang pada 11 Mei 1992.

Kali terakhir Nisa menghubungi keluarganya adalah pada malam sebelum dia bertugas pada penerbangan pertama dari Surabaya menerusi pesawat QZ8501 pada jam 5.35 waktu tempatan. - Detik.com

Fahaman Syiah: Pantau anak di IPT


Zaiton (duduk, dua, kanan) bersama tulang belakang Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Masjid Kariah Kampung Pilin, dekat sini, baru-baru ini. Zaiton (duduk, dua, kanan) bersama tulang belakang Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Masjid Kariah Kampung Pilin, dekat sini, baru-baru ini.
 
 
REMBAU – Golongan ibu bapa dinasihatkan untuk memantau aktiviti anak-anak mereka yang berada di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memastikan anak-anak mereka tidak terpengaruh dengan fahaman Syiah.

Pendakwah bebas, Ustazah Zaiton Othman berkata, langkah berkenaan adalah amat penting terutamanya bagi anak-anak yang baru memasuki IPT memandangkan kumpulan berkenaan menyasarkan pelajar yang baru masuk ke IPT.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterimanya, kumpulan yang terpengaruh dalam fahaman Syiah berkenaan bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil dan sering menunaikan solat dari cara bertentangan dengan kebiasaannya.

“Jadi sebagai ibu bapa, saya harap agar mereka dapat memantau aktiviti anak mereka di IPT terutamanya bagi anak-anak yang baru sahaja menjejakkan kaki ke IPT.  Kita tidak mahu akidah anak-anak kita tidak terpengaruh dengan fahaman yang bertentangan dengan Mazhab Syafie ini," katanya.

Mangsa banjir di Kelantan, 110,747 orang

SINAR HARIAN

Banjir
 
 
KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kelantan direkodkan seramai 110,747 orang setakat 10 malam ini yang melibatkan sebanyak 28,880 keluarga di 255 pusat pemindahan.
  
Menurut data Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Kota Baharu mempunyai bilangan tertinggi mangsa iaitu 25,750 orang di 34 pusat pemindahan, diikuti Tumpat (24,748 mangsa/33 pusat) dan Kuala Krai (23,500 mangsa/103 pusat).
  
Tanah Merah merekodkan 19,440 mangsa di 24 pusat pemindahan, Machang (7,801 mangsa/30 pusat), Gua Musang (6,493 mangsa/17 pusat) dan Pasir Mas (3,015/14 pusat).
  
Kelantan merupakan antara negeri yang teruk terjejas akibat banjir. - Bernama

Mengapa bantuan banjir ada gambar pemimpin Umno?

ASLANI M 






KUALA KRAI: Sukarelawan dari luar Kelantan mendakwa bantuan banjir kepada mangsa-mangsa agak lewat tiba di lokasi pemindahan disebabkan kerenah birokrasi.

Mereka mendakwa pihak berkuasa membuat sekatan di kawasan tidak jauh dari sempadan Pahang-Kelantan menanyakan pelbagai soalan kepada kenderaan bantuan banjir.

“Mereka tanya permit bawa bantuan banjir. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mangsa sedang berdepan dengan kesukaran di tempat pemindahan banjir.

“Banyak kenderaan bantuan dari luar Kelantan terkandas kerana pihak berkuasa seperti cuba melengah-lengahkan perjalanan,” kata seorang sukarelawan dari Selangor.

Mereka juga mendakwa bantuan banjir yang diserah kepada pihak berkuasa di tempat-tempat yang sukar dilalui jalan darat difahamkan dilekat pembungkus berwajah pemimpin Umno.

Kata mereka tindakan melekatkan gambar pemimpin menyebabkan bantuan yang sepatutnya diagih lebih cepat mengambil masa untuk sampai kepada mangsa banjir.

Dakwaan sukarelawan terbabit berasas apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan berkata, apa yang penting sumbangan itu sampai kepada mangsa banjir bagi mengurangkan beban mereka.

“Tak apalah mereka hendak kecam. Yang penting barang-barang daripada kementerian sampai kepada mangsa banjir dan dapat membantu mengurangkan bebanan mereka,” katanya seperti disiar sebuah laman berita. - HARAKAHDAILY

Banjir: Keadaan di Kuala Krai ibarat diserang garuda

ZABIDI ISHAR






KUALA KRAI: Mala petaka dan kemusnahan akibat bencana banjir yang amat teruk di beberapa buah kampung di jajahan ini dapat digambarkan ibarat selepas diserang garuda.

Ia juga mengingatkan tragedi tsunami yang pernah berlaku di negara ini pada 2004 apabila melihat kemusnahan teruk yang dialami penduduk di perkampungan berkenaan.

Di Sungai Durian terdapat beberapa buah rumah runtuh sama sekali selepas banjir menenggelamkan perkampungan itu pada 23 Dis lalu dan menyebabkan penduduk terpaksa menyelamatkan diri ke pusat pemindahan.

Bagi Rosmaria Ghazali, 34, dia hanya mampu menangis melihat rumahnya ditenggelami air hingga ke paras bumbung yang memusnahkan sama sekali rumah dan perabot.

"Saya terkejut dan tergamam apabila datang melihat rumah. Saya tak tahu nak buat apa lagi," katanya sambil mengalirkan air mata ketika ditanya Bernama.

Beliau yang berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Embak di sini berkata apa pun dia tetap bersyukur kerana semua lima anggota keluarganya selamat.

"Biarlah harta benda ini ... yang penting semua keluarga saya termasuk ibu bapa saya selamat," katanya.

Rosmaria juga berharap agar bantuan kewangan dapat disalurkan segera untuk dia dan keluarga dapat menggunakannya bagi membeli keperluan yang mustahak.

"Saya juga bersyukur apabila Bantuan Rakyat 1Malaysia dipercepatkan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Salamah Mahmud, 56, juga hanya mampu menangis apabila disapa Bernama tentang rumahnya yang runtuh akibat banjir.

"Makcik orang susah... mana lagi kami nak tinggal dan berharap pusat pemindahan yang makcik duduk ini dibuka lama lagi," katanya dengan sayu.

Dia yang tinggal bersama-sama suaminya Mamat Kassim, 63, berharap kerajaan akan memberikan mereka rumah baharu.

Tinjauan di Kampung Hutan Batu Balai di sini juga keadaannya agak sama dan ketika bantuan makanan seperti beras diagihkan oleh Komuniti 1Malaysia, mereka hadir beramai-ramai mendapatkan bekalan itu.

Yusof Ghani, 52, berkata ketika banjir baru-baru ini penduduk kampung hampir terputus bekalan kerana keadaan banjir yang begitu teruk.

"Alhamdulillah bantuan tiba dengan helikopter dan kami di sini ucapkan terima kasih kepada kerajaan yang dapat memberikan bantuan dengan cepat jugalah," katanya.

Rumahnya ditenggelami hingga melepasi bumbung yang tidak pernah dialami penduduk di situ sejak sekian lama.

Di bandar Kuala Krai, terdapat peti ais tersangkut atas bumbung sebuah kedai makan yang membuktikan betapa seriusnya banjir di kawasan itu.

Kesan air banjir dapat dilihat hampir mencecah puncak pokok kelapa iaitu melepasi bumbung rumah dan premis di situ. - Bernama

Solat hajat di masjid seluruh Selangor Jumaat ini

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor, melalui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi melahirkan rasa amat bersimpati serta prihatin dalam isu banjir yang berlaku di negeri Pantai Timur.

Atas dasar itu, Dr. Ahmad menyeru seluruh umat Islam di Selangor mengadakan solat hajat dan kutipan derma bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri ingin mengajak kepada semua umat Islam di seluruh negara khususnya rakyat negeri Selangor mengadakan solat hajat dan munajat pada hari jumaat ini (02 Januari 2014) selepas solat Jumaat serta boleh ditunaikan pada bila-bila masa di antara solat di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negeri Selangor bagi memohon kepada Allah SWT agar musibah banjir ini dapat dipulihkan serta diberikan perlindungan dan keselamatan kepada mangsa-mangsa banjir. Seperti yang dinyatakan di media masa iaitu jumlah keseluruhan mangsa banjir di 6 negeri yang terlibat sehingga kini adalah seramai 225,731 orang  mangsa. Negeri-negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Selangor. Kami mengucapkan takziah serta semoga mereka sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

“Atas rasa tanggungjawab dan simpati kami, satu mesyuarat khas bersama pihak JAIS telah diadakan, dan kami telah bersetuju membuat satu kutipan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir bagi kali ke-2 pada Jumaat ini (02 Januari 2015) di masjid-masjid seluruh Negeri Selangor sebagai sokongan moral kami kepada mangsa-mangsa banjir. Kutipan pertama telah dibuat pada hari Jumaat lalu (26 Disember 2014). Hasil kutipan sumbangan tersebut akan segera diserahkan kepada negeri yang terlibat,” ujarnya dalam satu kenyataan media.       

Selain itu kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Yayasan Amal Malaysia untuk kerja-kerja pembersihan pasca banjir. Kerajaan Negeri Selangor telah mengiktiraf Yayasan Amal Malaysia (YAM) sebagai koordinator untuk menyelaras petugas-petugas sukarelawan ke negeri-negeri yang terlibat.

Dr. Ahmad turut menyeru kepada yang berminat untuk menjadi sukarelawan pasca banjir ini supaya menghubungi Ustaz Yusof bin Abdullah, Setiausaha Yayasan Amal Malaysia cawangan Selangor ditalian 014-729 3560.

Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada mangsa pesawat Air Asia QZ 8501 dan mendoakan agar usaha pencarian kesemua mangsa pesawat tersebut berjaya ditemui dan dipermudahkan oleh Allah SWT serta takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. – HARAKAHDAILY

Teka teki masih lagi belum terjawab - Husam

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: "Banjir pergi dengan sebahagian penduduk kehilangan rumah sepenuhnya. Tentunya pula mereka kehilangan pakaian dan lainnya," tulis Datuk Husam Musa.

Menurut Naib Presiden PAS itu, sebahagian besar mereka dari Kuala Krai.

Beliau difahamkan sebahagian kuarters anggota polis yang baru siap di Bandar Kuala Krai masih lagi kosong.

Justeru, katanya Kementerian Dalam Negeri wajar mengizinkan mereka menginap di situ sementara rumah mereka dibina semula.

Menurut beliau lagi, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli sudah membangkitkan cadangan itu.

"Teka teki masih lagi belum terjawab. Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini?" tanya Husam menerusi facebooknya pagi tadi.

Kalau sebelum ini beliau memanjangkan sebutan orang kampung mengenai Empangan Jajar, ada pihak yang membetulkan.

Baginya, orang kampung mungkin tersalah dalam menamakan tetapi syak mereka adalah pada empangan dalam pembinaan.

Beliau menambah, ada satu lagi empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua.

Menurutnya, info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.

Justeru, beliau yang juga Adun Salor memohon TNB memberikan penjelasan segera.

Kerajaan negeri juga, ujar beliau patut menubuhkan jawatankuasa menyiasat.

"Insya Allah selepas ini saya cuba dapatkan imej satelit dari sebuah stesen satelit di China. TNB mesti berani untuk telus," tulis beliau selanjutnya. - HARAKAHDAILY

Pemulihan lokasi banjir perlu bantuan Persekutuan - MB

HARAKAHDAILY 



 


KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan sekarang dalam usaha memulih dan membangunkan semula lokasi-lokasi yang telah musnah dilanda banjir.

"Setelah saya sendiri meneliti situasi di tempat yang agak parah dilanda banjir seperti di Kuala Krai, ianya amat memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak khususnya Kerajaan Persekutuan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, bencana banjir yang berlaku itu hendaklah diteliti juga dari sudut pengajaran dan hikmah bagi meneguhkan akidah dan iman umat Islam.

"Apabila saya mendengar beberapa pihak termasuk semalam YAB Perdana Menteri Malaysia ada menyifatkan bahawa banjir di Kelantan disebabkan pembalakan tidak terkawal ianya perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada pihak kerajaan negeri," katanya.

Jelas beliau, sistem pembalakan di Kelantan pada hakikatnya telah mematuhi Kup Tahunan seluas 5,960 hektar setahun yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara malah pengurusan hutan di Kelantan telah diberi pensijilan MC&I SFM oleh badan bebas antarabangsa, manakala pembukaan kawasan untuk projek TLC semuanya perlu lulus EIA sebelum projek dimulakan.

Katanya, kejadian pembalakan yang tidak terkawal jika berlaku mungkin disebabkan penerokaan haram yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kerajaan, jelas beliau akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan efektif dalam hal ini.

Beliau berkata, perlu diketahui juga bahawa insiden banjir boleh juga berlaku dengan beberapa faktor lain seperti fenomena limpahan air hujan yang berlebihan sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi dan hal ini berlaku hampir di semua negeri di Semenanjung Malaysia.

"Di sini juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak bermula daripada orang perseorangan, NGO, agensi kerajaan dan swasta yang sehingga kini tidak putus-putus menyalurkan bekalan kepada mangsa banjir di negeri ini," ujar beliau. - HARAKAHDAILY