HALAMAN SANTAI
Selasa, 30 Disember 2014
Kelantan tubuh JK Task Force Pasca Banjir
Beliau berkata matlamat penubuhan Task Force ini ialah untuk membuat gerak kerja pendaftaran mangsa secara terperinci dan bagi membuat penilaian awal serta kerja-kerja susulan untuk khidmat kebajikan rakyat yang menjadi mangsa banjir.
Katanya, jawatankuasa itu dianggotai oleh semua Ahli Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri, seluruh Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil daripada BBC, wakil Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas dan beberapa orang ahli korporat.
Kerajaan juga, ujar beliau telah menubuhkan satu tabung bencana banjir bagi membantu semua mangsa-mangsa banjir tersebut.
Semua mereka yang ingin berbakti sama ada di dalam atau luar Negeri bolehlah salurkan sumbangan kepada Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan di akaun BIMB 03018010080024 atas nama penerima Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. - HARAKAHDAILY
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan