HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Disember 2014

QZ8501: Mayat, jaket keselamatan dilapor ditemui


Gambar menunjukkan jaket keselamatan ditemui terapung. - Foto AFP Gambar menunjukkan jaket keselamatan ditemui terapung. - Foto AFP
 
 
SHAH ALAM - Pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan menemui beberapa mayat, barangan, pintu kapal terbang dan garisan kecemasan pada lantas pesawat dipercayai milik pesawat Air Asia QZ8501.

Antara yang ditemui di lokasi juga adalah rakit, jaket keselamatan dan saluran menurun di air dari pesawat berwarna jingga.

Kumpulan penyelamat juga melaporkan menemui beberapa serpihan lain di kawasan sama, memetik laporan Daily Mail.

Tiada ulasan: