HALAMAN SANTAI

Rabu, 31 Disember 2014

Ribut Jangmi: Elak pantai, laut Sabah

MALAYSIAKINI


 


Penduduk di kawasan perairan Sabah (Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan Pedalaman) dinasihatkan mengelak daripada sebarang aktiviti marin terutamanya pada 1 Jan, 2015, berikutan ribut tropika 'Jangmi' yang dijangka akan menyebabkan cuaca buruk.

Ribut Jangmi dijangka menyebabkan keadaan laut bergelora di perairan Sabah dalam tempoh 31 Dis hingga 2 Jan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata ramalan dari Joint Typhoon Warning Centre (JTWC) menyebut bahawa ribut itu kini berada 665km dari Timur Laut Sandakan dan sedang bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 15km sejam (kmsj).

"Ribut itu boleh menyebabkan angin kencang selaju 50 hingga 60kmsj yang  berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.

Che Gayah berkata selain perairan Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak (Miri dan Bintulu) turut akan mengalaminya.

Tambah beliau ribut tropika Jangmi ini boleh mengakibatkan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter serta hujan lebat di kawasan berkenaan.- Bernama

Tiada ulasan: