KELAB GREENBOC
Najib: K'jaan takkan isytihar darurat
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak mengisytiharkan darurat di kawasan yang teruk dilanda banjir bagi membolehkan mangsa membuat tuntutan insuran atas kerugian.
"Walaupun begitu, kerajaan persekutuan telahpun bertindak seperti berada dalam darurat dengan semua aset dikerah untuk bantu mangsa banjir," katanya di Twitter.
Tulisannya di Twitter itu bagi menjawab tuntutan oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang dan setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua agar kerajaan mengisytiharkan darurat.
"Sekiranya kerajaan umumkan darurat, antara implikasi yang akan timbul ialah pihak insurans akan terlepas daripada bayar ganti rugi...dan ganti rugi disebabkan kerosakan harta benda serta kenderaan adalah tinggi.
"Sebab itu kalau kita declare (isytihar darurat), bererti ini termasuk dalam kategori forced measure, dan syarikat insurans tak perlu jelaskan pampasan," katanya lagi, lapor Bernama.
Najib juga berkata, usaha telah ditingkatkan sepenuhnya seperti dalam keadaan darurat sebenar, dan agensi-agensi berkaitan telah diarah menggiatkan lagi usaha menyelamat dan menambahkan bantuan.
Ditanya mengenai anggaran kemusnahan di seluruh negara akibat bencana ini, beliau berkata, penilaian masih belum dapat dilakukan selagi banjir masih belum reda sepenuhnya.
Dalam sidang media sama, Najib turut berkata beliau amat berbangga dan berterima kasih atas komitmen tinggi dan pengorbanan yang ditunjukkan semua anggota pasukan keselamatan dan penjawat awam di waktu bencana sebegini.
"Memang mereka bertungkus lumus, berkorban besar untuk membantu mangsa banjir. Kerajaan amat menghargai sumbangan yang telah dan sedang dilakukan mereka," tambahnya.
INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT?
Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans.
Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat.
Ini pandangan saya:
+ Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan.
+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.
+ Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan.
+ Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans.
+ Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir.
+ Situasi-situasi di atas hanya melibatkan claim yg berkaitan insurans / takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya. Manakala jika insurans hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh claim sekiranya berlaku musibah.
KESIMPULAN: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.
Afyan Mat Rawi, IFP.
27/12/2014 – FB Afyan Mat Rawi
LIHAT VIDEO DI SINI:
ULASAN GB
Terlalu mudah untuk Najib memberikan jawapannya untuk tidak mengisytiharkan darurat.
"Sekiranya kerajaan umumkan darurat, antara implikasi yang akan timbul ialah pihak insurans akan terlepas daripada bayar ganti rugi...dan ganti rugi disebabkan kerosakan harta benda serta kenderaan adalah tinggi.
"Sebab itu kalau kita declare (isytihar darurat), bererti ini termasuk dalam kategori forced measure, dan syarikat insurans tak perlu jelaskan pampasan," katanya lagi, lapor Bernama.
Jawapan tersebut mendedahkan sendiri "kejahilan" Najib mengenai insuran, mengenai perjanjian, mengenai undang-undang.
Tahu kah Najib bahawa di dalam perjanjian jual-beli kenderaan sudah dinyatakan dengan jelas:
Nampaknya rakyat terus ditipu. Sudahkan menderita ditimpa musibah banjir, kini diberikan harapan palsu oleh PM kononnya mereka boleh membuat tuntutan insurans kerana darurat tidak diisytiharkan.
Nanti bolehlah mereka yang terlibat membawa Najib dan kenytaannya yang disiarkan BERNAMA itu kepada pihak insurans dan mahkamah.
Sedangkan sebenarnya PM cuba mengalihkan "tanggungjawab pembiayaan bantuan dan pemulihan" daripada kerajaan Persekutuan kepada pihak lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan