Zairil Khir Johari
GEORGETOWN - "Ada pihak cuba putar belit maksud artikel saya dan sengaja menggambarkan seolah-olah DAP menghasut."
Itu reaksi Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berhubung laporan disiarkan sebuah portal berjudul 'DAP Tuntut Kerajaan Pulau Pinang Diberi Kuasa Autonomi'.
Zairil berkata, ada pihak memetik artikel asalnya dan membuat kesimpulan meleset daripada makna sebenar yang cuba disampaikannya selain mahu memburukkannya dan DAP.
“Dalam artikel asal saya berjudul 'Kaji Semula Kontrak Persekutuan', saya minta struktur persekutuan dalam negara kita dikaji semula kerana apa yang dilaksanakan sekarang tidak memenuhi semangat persekutuan yang betul.
“Dalam negara persekutuan secara lazimnya negeri mempunyai kuasa autonomi ke atas beberapa bidang kuasa namun di negara ini kuasa semakin ‘berpusat’ di Kerajaan Persekutuan. Apa gunanya kerajaan negeri kalau semua kuasa berada di Persekutuan,” katanya.
Sebelum ini, beberapa portal dan akhbar menyiarkan dakwaan DAP menuntut Kerajaan Pulau Pinang diberi kuasa autonomi untuk memerintah sendiri berbanding sistem Persekutuan yang diamalkan sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Zairil berkata, pihak tertentu mungkin tidak faham apa yang cuba disampaikannya atau sengaja mahu memutar belit artikelnya.
Dalam artikel yang ditulisnya dan disiarkan portal berita DAP itu pada 25 Disember lalu, Zairil berkata, usaha ke arah desentralisasi ataupun pengagihan kuasa pusat harus digalakkan demi membentuk persekutuan yang benar-benar menghormati hak dan kesejahteraan negeri-negeri di bawah naungannya.
Katanya, sistem sedia ada tidak berfungsi apabila sesebuah kerajaan negeri tidak berupaya menentukan arah perjalanan bas dalam kota sendiri, membuat pinjaman wang membiayai pembangunan infrastruktur malah tidak diberi kuasa menguruskan tandas awam.
“Kuasa tadbir urus yang diagihkan dengan baik tentu dapat memakmurkan demokrasi yang lebih bermakna, menjana pertumbuhan ekonomi dan memupuk pembangunan lebih saksama serta lestari,'' katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan