HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Disember 2014

Polis Kelantan dakwa penyebar fitnah

ANTARA POS.COM


Post Pic



KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata hanya sembilan kematian dan empat kehilangan direkod dalam kejadian banjir di Kelantan sejak 17 Disember lalu.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan di media sosial mengenai angka kematian yang tinggi adalah tidak benar dan pihaknya akan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak terbabit mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Katanya, kes kematian membabitkan mangsa di Kota Baharu ialah tiga orang, Pasir Mas (empat, satu hilang), Tumpat (dua) dan Kuala Krai (tiga hilang) yang berusia antara setahun dan 60 tahun.

Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat terhadap penyebar fitnah itu tetapi pihaknya telah mempunyai bukti pihak yang bertanggungjawab.

Mazlan berkata, lapan pasukan rondaan juga telah ditubuhkan bagi memantau kegiatan jenayah semasa musim banjir yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng.

"Setakat ini belum ada laporan pecah masuk rumah dan kita yakin akan ada laporan selepas banjir," katanya.

Tiada ulasan: