HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Disember 2014

Banjir : Shahrizat Sokong SKMM Siasat Penyebar Berita Palsu

RAKYATNEWS


wanita umno, umno, Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, misi sayang, bantuan banjir, banjir 2014, banjir kelantan, banjir terengganu, banjir pahang, rakyatnews, news
 

 
KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyambut baik tindakan tegas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat penyebaran berita palsu berkenaan bencana banjir yang melanda negara ketika ini adalah satu langkah yang tepat dan kena pada masanya.

Beliau berkata, penyebaran maklumat palsu bakal memberi tekanan terhadap masyarakat terutamanya ahli keluarga yang terlibat dengan bencana banjir.

“Saya ucapkan terima kasih kepada SKMM sebab ambil tindakan tegas. Terlalu banyak fitnah yang disebarkan terutama melalui sosial media.

“Ramai yang nak ambil kesempatan. Seharusnya kita semua jalankanlah tugas dengan penuh amanah.

"Saya berharap kepada seluruh rakyat Negara ini agar hanya percaya berita yang disalurkan dari media rasmi sahaja,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Sidang media itu diadakan selepas Pergerakan Wanita UMNO Malaysia melakukan persiapan pembungkusan barangan keperluan menerusi ‘Misi Sayang :  Sumbangan Barangan Bagi Bantuan Mangsa Banjir’

Sementara itu, Shahrizat menjelaskan, pelancaran ‘Misi Sayang :  Sumbangan Barangan Bagi Bantuan Mangsa Banjir’ mendapat sambutan luar biasa apabila limpahan sumbangan berbentuk barang keperluan dan makanan mula ‘membanjiri’ pusat pengumpulan tersebut yang berpusat di Menara Dato’ Onn.

Katanya, kesemua sumbangan yang dihantar  akan ditapis dan kemudian dibungkus sebelum di hantar ke pihak yang berkenaan untuk diagih-agihkan.

“Dua hari sekali kita akan melakukan penghantaran. Kita bekerjasama dengan pihak tentera di dalam urusan penghantaran barangan ke lokasi yang dikenal pasti.

“Jika ada yang ingin menderma tetapi risau betul ke barangan ini akan sampai, maka boleh hantar ke sini. Insyaallah kita uruskan dengan baik.

“Apabila Negara dilanda musibah sebegini, kita tidak boleh biarkan hanya kerajaan memikul tanggungjawab ini.Semua kena memikul tanggungjawab ini bersama-sama. Saya yakin rakyat Negara ini amat pemurah,” katanya lagi.

Tiada ulasan: