Anthony Loke
KUALA LUMPUR - DAP mahu mengetepikan isu politik buat sementara waktu
termasuk perbalahannya dengan Pas untuk memberi tumpuan kepada misi
bantuan kepada mangsa banjir.
Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, walaupun kebanyakan kawasan bencana banjir itu diwakili oleh pemimpin Pas, namun DAP tetap menghulurkan bantuan tanpa mengira ideologi politik.
"DAP mahu ketepikan dahulu isu politik dalam beberapa hari ini, kita hendak tunjukkan keikhlasan kami, yang terlibat banjir ini kawasan yang diwakili Pas.
"Jadi kita memberikan sokongan sepenuhnya sebagai kawan dan rakan dalam PR, walaupun kita ada pertelingkahan mengenai isu hudud sebelum ini, namun masalah ini diketepikan dan kita akan bantu atas dasar kemanusiaan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.
Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian mengulas keputusan Kerajaan Negeri Kelantan yang menangguhkan sidang khas Dun Kelantan untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah II 1993 mengenai hudud, minggu lalu.
Dalam pada itu, Anthony Loke menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri Kelantan itu sambil menyifatkannya sebagai langkah yang tepat.
"Itu memang satu keputusan yang tepat kita rasa segala usaha dan tumpuan sekarang untuk membantu mangsa banjir.
"Tiada perkara yang lebih penting daripada yang ini sebab kita bercakap tentang kehidupan manusia kerana masih ada terperangkap, tiada makanan dan minuman beberapa hari," ujarnya.
Dalam pada itu, DAP juga katanya sudah meminta wakil rakyat di kawasan lain supaya dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir terbabit.
"Kita minta semua wakil rakyat DAP di kawasan masing-masing apa yang boleh mereka bantu ialah kutip derma, ambil barangan dan kalau boleh sumbang tenaga pergi ke kawasan banjir," katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan