MALAYSIAKINI
Atas dasar kemanusiaan, Lembaga Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membenarkan
penduduk berhampiran yang terjejas banjir mendapatkan perlindungan
sementara di kawasan rehat dan rawat (RSA) Temerloh.
Menurut kenyataan Anih Berhad, pengendali lebuh raya berkenaan, setakat
ini dianggarkan 50 penduduk telah berpindah ke situ sejak petang semalam
dan menggunakan fasiliti RSA seperti surau dan tandas.
"Penyelengaraan RSA Temerloh masih diteruskan untuk kemudahan penduduk tersebut," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, tiada perubahan terhadap keadaan banjir di Kilometer 126 lebuh raya berkenaan, malam tadi.
Hujan renyai serta paras air Sungai Pahang yang naik menyebabkan paras air di lokasi tersebut tidak berubah.
Menurut kenyataan itu, pemantauan juga dilakukan terhadap jalan di Kilometer124 berikutan air yang naik di kawasan tersebut.
"LPT berterima kasih kepada pengguna lebuh raya yang membuat panggilan
kepada kami sebelum merancang perjalanan mereka ke Pantai Timur,"
menurut kenyataan itu.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan