HALAMAN SANTAI

Rabu, 31 Disember 2014

Pengunjung gerai Meru Sekolah Ladang terkejut MB bersarapan sama

Oleh: NAZLI IBRAHIM


KUALA TERENGGANU: Pengunjung gerai Meru Sekolah Ladang yang sedang bersarapan terkejut apabila mendapati Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, bersarapan di gerai terbabit.

Mohamed Azmin yang tidak kekok makan di situ ketika beliau dan delegasinya bersarapan di gerai yang terkenal dengan hidangan nasi dagang.

IMG-20141230-WA0004

Gerai itu terletak di hadapan Surau Haji Awang Khatib Ahmad yang dikenali sebagai surau Ustaz Azhar Idrus.

Hari ini, Mohamed Azmin mengadakan lawatan ke Terengganu dan Pahang bagi menyerahkan sumbangan Kerajaan Selangor kepada dua kerajaan negeri terbabit.

Selain Terengganu dan Pahang, Kerajaan Selangor turut menghulurkan sumbangan kepada Kerajaan Kelantan dan Perak.-NFN-

Tiada ulasan: