QZ8501
 
 
INDONESIA - Pasti seluruh dunia sudah maklum akan kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang dilapor terputus hubungan dengan menara kawalan sejak pagi semalam.

Kehilangannya menimbulkan resah dalam kalangan ahli keluarga serta kenalan penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.

Terbaru, anak perempuan Ketua Juruterbang pesawat QZ 8501,  Anglea Anggi Ranastianis, 22, menerusi media sosial dikatakan memuat naik sebuah gambar ayahnya di akaun laman sosialnya bersama rayuan supaya bapanya kembali pulang ke pangkuan keluarga menyentuh hati banyak pihak.

“Papa, baliklah.. Kakak masih perlukan papa. Kembalikan papa saya.

“... Papa, baliklah papa.. Kita perlu berjumpa,” katanya menerusi sebuah paparan di laman akaun Pathnya.

Pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura semalam setelah  dilaporkan terputus perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Pesawat itu dilaporkan berangkat dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sampai di Singapura seharusnya pukul 8.30 waktu tempatan.

Pesawat tersebut dilaporkan membawa 162 penumpang termasuk anak kapal.