HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Disember 2014

10 rumah hampir musnah dilanda ribut

MALAYSIAKINI


Sekurang-kurangnya 10 buah rumah di Balik Pulau hampir musnah setelah dilanda ribut dan angin kencang semalam.
  
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhammad Farid Saad berkata beliau mendapat laporan terdapat lebih 10 buah rumah di sini termasuk di Kampung Sungai Rusa, hampir musnah apabila bumbung rumah ditiup angin kencang.

Beliau berkata angin kencang yang berlaku lebih kurang jam 8.30 malam mengakibatkan banyak pokok tumbang menghalang jalan.
  
"Saya telah turun ke Jalan Sungai Pinang untuk membantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengambil masa lebih 45 minit untuk memotong pokok besar bagi membuka balik jalan kepada orang ramai," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Sementara itu, menurut seorang jurucakap polis, terdapat lebih sembilan kejadian pokok tumbang di kawasan Balik Pulau dan satu kejadian kabel elektrik terputus dilaporkan.
  
Katanya seorang pemandu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau selepas keretanya dihempap pokok yang tumbang di Jalan Tun Sardon.

Beliau berkata kecederaan lelaki masih belum dapat dipastikan tetapi keretanya rosak teruk.
  
"Antara lokasi kejadian pokok tumbang termasuk Jalan Tun Sardon, Jalan Sungai Pinang, Jalan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras, Lintang Pokok Upeh dan Jalan Sungai Pinang," katanya.  
- Bernama

Tiada ulasan: