Berikutan
bencana banjir, kerajaan akan mempercepatkan pembayaran Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) mulai 15 Januari 2015, kata Menteri Kewangan II Datuk
Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Ahmad Husni dalam satu kenyataan berkata pembayaran akan dibuat secara
berperingkat dengan keutamaan diberi kepada penerima dari negeri-negeri
yang dilanda banjir.
"Kerajaan prihatin dan mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi
oleh mangsa-mangsa banjir, khususnya kepada penerima BR1M.
"Oleh yang demikian, kerajaan bersetuju pembayaran BR1M yang dijadualkan
pada akhir Januari 2015 akan dipercepatkan mulai 15 Januari 2015,"
katanya.
Ahmad Husni berkata permohonan dan proses kemas kini BR1M juga dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015.
Proses kemas kini boleh dibuat melalui Portal Rasmi BR1M
https://ebr1m.hasil.gov.my atau di mana-mana cawangan pejabat Lembaga
Hasil Dalam Negeri.
Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata bagi penerima BR1M yang meninggal
dunia dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2014, waris mereka boleh
membuat tuntutan Takaful i-BR1M sehingga 31 Mac 2015.
Katanya, tuntutan Takaful i-BR1M boleh dibuat dengan mendapatkan borang
di laman web www.malaysiantakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M
di talian 03-27162716 atau e-mel i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan