"Terdapat satu mangsa, seorang lelaki, dan satu jaket keselamata. Kesemuanya ditemui secara berjauhan. Dia (mangsa) tidak memakai jaket keselamatan," kata Tatang Zaenuddin yang dipetik sebagai berkata dalam laporan di portal berita Detik.com.
"Setakat ini, tiada mayat memakai jaket keselamatan ketika dijumpai."
Terdahuulu, pegawai yang dirujuk sebagai berkata, satu mayat yang ditemui dari kawasan nahas pesawat itu memakai jaket keselamatan, membangkitkan persoalan mengenai keadaan nahas yang berlaku.
Kesemua mereka yang menaiki pesawat itu merupakan warga Indonesia. Tiada mangsa yang terselamat dikesan.
Terdahulu, Ketua Basarnas, F. H. Bambang Soelistyo berkata, satu mayat wanita ditemui pada Rabu, dengan memakai pakaian seragam pramugari.
Tiga mayat yang lain dijumpai pada Rabu adalah lelaki.
Sebanyak tiga mayat iaitu dua wanita dan seorang lelaki ditemui pada Selasa, menjadikan jumlah mayat yang dijumpai setakat ini adalah tujuh orang, tiga wanita dan empat lelaki. - The Straits Times/ANN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan