SUBANG: Kerajaan akan melakukan 'post mortem' untuk mengenal pasti punca banjir luar biasa di pantai timur khususnya Kelantan selepas keadaan pulih.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia meliputi banyak faktor khususnya perubahan cuaca dan iklim, penerokaan atau pencerobohan hutan dan penarahan bukit.
"Kekurangan infrastrukur untuk mengalirkan air ke laut juga dikesan antara punca banjir," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat Pusat Pengumpulan Bantuan Bencana di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini, sebentar tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan