MSTAR ONLINE
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata, satu mayat ditemui di perairan di kawasan carian pada Selasa.
"Pada pukul 1.25 petang (2.25 petang waktu Malaysia)... kami mengesan terdapat objek terapung yang dipercayai merupakan mayat salah seorang penumpang," kata Soelistyo pada sidang media di Jakarta.
Tangisan di kalangan ahli keluarga mangsa menyelubungi suasana sebaik sahaja berita itu diumumkan Soelistyo.
"Kita sedang memeriksa sama ada terdapat mangsa yang masih hidup," kata jurucakap itu, Manahan Simorangkir kepada TVOne.
Objek menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat ditemui semasa operasi SAR di lokasi pesawat QZ8501 dilaporkan terputus hubungan pada Ahad.
"Kita mengesan kira-kira 10 objek besar dan banyak serpihan kecil berwarna putih," kata pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto pada Selasa kepada pemberita di Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah di kepulauan Borneo.
"Kedudukan objek tersebut ditemui adalah kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat tersebut dikesan," katanya.
Televisyen tempatan menunjukkan beliau memaparkan 10 gambar objek yang menyerupai pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan objek berbentuk segi empat.
Menurut pegawai, pesawat dan kapal yang terlibat dalam operasi SAR sedang menuju ke kawasan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan