HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 April 2014

Bagaimana PM buat kesimpulan MH370 ‘berakhir’ di Laut Hindi?

Oleh: Lyn Nasir


KUALA LUMPUR :  KEADILAN mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara mudah membuat kesimpulan berhubung kehilangan pesawat MH370 dengan mendakwa pesawat tersebut ‘berakhir di Lautan Hindi’.

n_surendranAhli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, Najib membuat kesimpulan hanya berdasarkan analisis data satelit Inmarsat tanpa sebarang bukti kukuh.

“Hanya semudah itu Najib membuat kesimpulan, jelas kerajaan tak bersifat telus dalam mengendalikan MH370. Maklumat lengkap tidak sampai kepada keluarga, mereka mahu tahu sebab dan apa alasan mengatakan pesawat tersebut berakhir di sana.

“Kerajaan seolah-olah sembunyikan sesuatu, ini tindakan tidak wajar,” jelasnya yang turut mengatakan kegagalan tersebut sebagai punca kerajaan dipersalahkan masyarakat antarabangsa.

Sementara itu, Surendren turut mempersoal keangkuhan kerajaan yang enggan membuat sebarang perbincangan dengan pihak lain dalam menguruskan krisis tersebut.

“Kerajaan juga tidak menunjukkan prestasi yang baik, media tempatan dikawal, kerajaan terus sombong dan bongkak, tak panggil Ahli Palimen Pakatan Rakyat untuk berbincang dengan BN,

“Mereka juga gagal untuk membuat perbincangan dengan Ketua Pembangkang, semua buat sendiri, taknak berbincang akhirnya kita dikutuk dan dikritik hebat oleh mereka. Bagus,” sindirnya.

Pada 29 Mac lalu, jurucakap Inmarsat, Jonathan Sinnatt dalam kenyataannya menerusi laporan China Daily berkata pihaknya hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri.

Jonathan dalam kenyataanya turut menegaskan bahawa Inmersat tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah “berakhir di Lautan Hindi”.-RM

Tiada ulasan: