KL TODAY
PETALING
JAYA – Lebih 60,000 pekerja kontrak dalam sektor pelajaran di seluruh
negara belum menikmati gaji minimum seperti yang ditetapkan kerajaan,
kata presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid
Atan. Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata pekerja
terbabit, termasuk pencuci, tukang kebun, pengawal keselamatan dan
warden lalu lintas, masih dibayar gaji lama dengan kadar purata RM400
dan RM600 sebulan.
Oleh
itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan segera memberi perhatian
terhadap nasib golongan berkenaan yang menghadapi keperitan akibat
kenaikan kos sara hidup.
Dasar gaji
minimum RM900 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM800 sebulan bagi
Sabah dan Sarawak, berkuatkuasa pada 1 Jan 2013, tetapi hanya
dilaksanakan sepenuhnya Januari tahun ini.
Bagaimanapun, ada juga majikan diberi pengecualian lanjutan hingga 1 April lepas untuk melaksanakannya.
Khalid
menyeru Kementerian Sumber Manusia meningkatkan urusan
penguatkuasaannya untuk memastikan dasar itu dipatuhi semua pihak.
Beliau
berkata MTUC difahamkan bahawa kementerian itu tidak mempunyai pega
wai
penguatkuasa secukupnya untuk berbuat demikian dan jika perkara itu
benar, MTUC sedia memban
Khalid mengesyorkan agar pemimpin bahagian MTUC membantu dalam urusan penguatkuasaan dasar itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan