Shamsul Iskandar Mat Akin berkata
Kongress PKR tahun ini merupakan Kongress terakhir bagi Anwar sebelum
dipenjarakan yang berkaitan dengan tuduhan meliwat pembantu peribadinya.
Mahkamah
Persekutuan akan bersidang untuk menghakimi rayuannya terhadap
‘conviction’ 5
tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan Mac lepas.
Shamsul berkata yang rakyat akan
bangun menentang penghakiman itu dan beliau meminta hakim benar-benar adil dalam
membuat penghakiman itu. Bagi beliau jika Anwar masih didapati bersalah, maka
itu merupakan penghakiman yang tidak adil. Jika Anwar dilepaskan itu
penghakiman yang adil. Jika boleh saya cadangkan jika ada caranya, biarlah Anwar
sendiri menghakimkan rayuan beliau sendiri. Ia sudah pasti adil dipandangan
Shamsul.
Shamsul membayangkan jika penghakiman
itu mengesahkan Anwar ke penjara, rakyat akan marah dan gerakan reformasi akan
berulang. Itu sahajalah perjuangan PKR,
untuk menyelesaikan masalah Anwar Ibrahim semata-mata. Selain dari Mahkamah
Persekutuan tidak kita ketahui siapa dan apakah badan yang boleh dianggap oleh
Shamsul adil untuk membicarakan Anwar ini.
Kalau semua keputusan mahkamah
tidak betul, elok kita bertanya keputusan siapa yang betul? Walaupun Shamsul
menafikan beliau menekan badan kehakiman, tetapi kenyataan beliau jelas itu adalah
satu penekanan. Tidak siapa yang boleh memberikan ‘alternative’ kepada Mahkamah
untuk mendapatkan penyelesaian undang-undang.
Tetapi apa pun, tekanan seperti
itu tidak mungkin membangkitkan gerakan reformasi seperti dahulu.kerana rakyat
tidak lagi berselera untuk memperjuangkan peribadi seseorang sehinggakan
meletuskan kekacauan di kalangan rakyat kerana rakyat sekarang mahukan
penyelesaian kepada kemelut negara, bukan penyelesaian untuk peribadi
seseorang.
Semua tindakan kita itu ada
hadnya kerana dengan membangkitkan gerakan reformasi itu melibatkan ramai
manusia dan ia bukan lagi gerakan yang direstui oleh ramai. Rakyat mahukan
keamanan dan sudah tidak mahu lagi terlibat dengan demonstrasi yang tidak
akan memberikan apa-apa kebaikan, baik kepada individu, rakyat mahu pun negara.
“Enough is enough” kata seorang penyokong PKR yang telah pernah terlibat dalam
siri demonstrasi semasa gerakan reformasi dahulu.
Rakyat mahu memberikan fokus
untuk perubahan dan transformasi dan tidak mahu lagi memikul beban dan
menjinjing masalah peribadi. Rakyat mahukan perundingan secara politik dalam
keadaan yang baik kerana melalui perarakan dan demonstrasi hanya memberikan
padah kepada negara.
Sekarang adalah masa untuk semua
pihak berunding dan memulakan ‘ambiance’ baru yang dikendalikan oleh pemimpin
yang mempunyai kewibawaan untuk menyatukan semua pihak. Rakyat tidak mahu lagi
pemimpin yang ‘solicit’ kuasa dan mandat secara kasar dan tidak berhemah kerana
jika dilakukan secara ini pemimpin yang akan berkuasa tetap dari mereka yang
tidak berhemah tinggi.
Rakyat tidak mahu lagi dibohongi
dengan tuduhan 40,000 pengundi dari Bangladesh mengundi untuk satu
pihak kerana setelah diketahui yang perkara itu adalah pembohongan, amat susah
bagi rakyat pemilih untuk mempercayai pimpinan seperti ini lagi.
Itu pembohongan yang diketahui
rakyat. Entah berapa banyak lagi rakyat telah dipesongkan dengan pembohongan
yang masih belum dapat diketahui ramai. “The lies were real insult to us and
we can’t digest the deceits” kata seorang guru yang telah mengasingkan banyak
masa untuk bersama menggerakkan apa yang dikatakan pembaharuan oleh pihak
‘alternative’ itu semasa pilihanraya dahulu. “Sekarang mereka hendak membohongi
kita lagi, dan nak minta kita berarak lagi di tengah panas terik itu”
sambungnya lagi.
Kata perbilangan, ‘once a liar,
he or she will remain a liar’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan