Oleh DATO’ DR MUJAHID YUSUF RAWA
SELURUH
episod 10 Ogos sehingga 17 Ogos 2014 telah menjangkau jarak tempuh yang
panjang.Tetapi melepasi 17 Ogos dan seterusnya adalah lebih mencabar
kerana beberapa sebab:
1. Masa depan Pakatan Rakyat yang diperhatikan oleh rakyat dan
sejauhmana konsensus Pakatan Rakyat dapat dipertahankan antara tiga
parti untuk bersaing dengan Barisan Nasional.
2. Kemunculan kes awalan bahawa penentuan jawatan yang perlu
dipersetujui oleh ketiga parti tidak diserahkan hanya kepada parti
penjawat.
3. Setiap parti dalam Pakatan Rakyat tidak sepatutnya memaksa parti
lain menerima agendanya tanpa dibahas secara lumat dan lerku mendapat
konsensus atau kompromi.
4. Munculnya trend khusus dari pemimpin pelapis yang mahu keluar dari
kepompong lama pimpinan Pakatan Rakyat yang kelihatan membawa beban
sejarah mereka dalam menyelesaikan masalah.
5. Pakatan Rakyat perlu memperbaharui diri mereka dengan meneruskan
agenda nasional dan rakyat dan kurangkan politiking sehingga merugikan
maslahat yang lebih utama.
6. Pakatan Rakyat gagal menggunakan kepakaran pengurusan konflik malah membiarkan kepercayaan rakyat kepada mereka tergugat.
Seperti yang saya katakan, semua kita perlu melihat menjangkau
sekadar Pakatan Rakyat lawan BN tetapi mula berfikir membina semula asas
negara ini dan menumpukan kepada faktor yang menghancurkan Perpaduan
Nasional iaitu perkauman sempit, prejudis dan ekstrimisme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan