HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Ogos 2014

'Kenapa kritik P'jaya, tapi tidak Belanda?'

MALAYSIAKINI



 


MCA hari ini mempersoalkan tindakan seorang pemimpin PKR Laksamana (B) Imran Abdul Hamid yang mempertikaikan penggunaan tentera untuk istiadat penghormatan mangsa MH17.

Ketua MCA Perak Mah Hang Soon membangkitkan kenapa kritikan yang dibuat dalam Kongres Tahunan PKR itu tidak ditujukan kepada kerajaan Belanda yang mengambil tindakan sama.

“Penghormatan tentera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tidak bersifat kepartian ekoran anggota parlimen daripada kedua-dua pihak (BN dan Pakatan Rakyat) diundang ke upacara itu,” kata Mah (kanan).

Imran pada Sabtu mempertikaikan penggunaan anggota tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa MH17 dalam upacara perkabungan seluruh negara sehari sebelum itu.

Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan sebegitu gah.

Imran yang juga anggota parlimen Lumut turut berkata, tentera digunakan secara "berlebih-lebih" dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Mah juga membangkitkan sama ada kritikan Imran semata-mata untuk mengalih perhatian terhadap kemelut menteri besar Selangor.

Tiada ulasan: