HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Ogos 2014

SYABAS kini 'di jari' pengguna

MALAYSIAKINI


 


Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kini menyediakan kemudahan kepada penggunanya untuk membuat bayaran bil air secara atas talian.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Priscilla Alfred berkata, selain membayar bil, pengguna juga boleh bertanya dan membuat aduan melalui talian bebas tol PUSPEL.

"Dengan pelbagai saluran alternatif yang telah diwujudkan bagi memberikan 'perkhidmatan SYABAS di jari pengguna', pengguna mampu mengurangkan keperluan untuk melakukan urusan bekalan air di kaunter perkhidmatan SYABAS," katanya.

Pembayaran boleh dibuat melalui mesin ATM, auto debit, kad kredit, mesin deposit tunai, pembayaran tunai, cek dan bank draf di cawangan bank yang berdaftar.

Justeru, Priscilla berkata, SYABAS mengesyorkan kepada seluruh pengguna air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya agar lebih aktif menggunakan saluran-saluran alternatif disediakan kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa.

Menurutnya, para pengguna juga disarankan untuk melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my untuk mendapatkan senarai ejen kutipan dan kiosks rasmi serta aplikasi lain bagi urusan berkenaan.

Tiada ulasan: