HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Ogos 2014

Wan Azizah akui berat hati, jadi MB kerana keputusan parti

KEADILAN DAILY


SHAH ALAM : Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui beliau berat hati apabila diberi tanggungjawab bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang serta mengambil alih kerusi Menteri Besar (MB) Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Wan AzizahDr Wan Azizah berkata, bukan keinginannya mengejar kuasa di negeri paling kaya itu, tetapi akur dengan kehendak parti selepas melihat Khalid gagal menguruskannya dengan baik.

“Kalau inilah amanah yang diturunkan, saya terima walaupun hati berat. Bukan ini yang saya inginkan, bukan ini yang saya cari tapi saya cari redha Allah,” katanya dalam ucapan penangguhan Kongres KEADILAN di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.

Portal Malaysian Insider melaporkan, Adun Kajang itu berkata, beliau akan terus berjuang walaupun niat asalnya mahu menumpukan kepada urusan keluarga.

“Terus terang saya katakan bahawa bukanlah niat dan keinginan di hati.

“Nama saya dikemukakan. Seorang yang katakan dari mulanya berjuang akan katakan tak apa, saya nak jaga cucu.

“Inilah perjuangan. Kalau inilah yang dihendakkan parti dan perjuangan, saya tampil ke hadapan. Apa tidakkah begitu caranya?” soalnya.

Tiada ulasan: