HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Ogos 2014

'Sultan akan fikir Pakatan tak sependapat'

MALAYSIAKINI


 


Ahli jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusof Rawa menyatakan kebimbangan berhubung hasil mesyuarat parti itu semalam berhubung krisis politik di Selangor.

Katanya, keputusan mesyuarat itu mungkin menyebabkan sultan Selangor beranggapan bahawa parti Pakatan Rakyat tidak sependapat dalam isu tersebut.

Bagaimanapun, MP Parit Buntar itu tidak menyatakan sekiranya perkembangan tersebut akan menyebabkan sultan membubarkan DUN dan seterusnya membolehkan satu pilihan raya baru dijalankan.

“Apapun keputusannya, kita mesti perkukuh Pakatan dan menjadikannya lebih konsisten. Saya tidak melihat perkara ini berlaku,” kata Mujahid, yang juga ketua biro perpaduan PAS.

"Tanpa menunjukkan konsensus di antara tiga parti Pakatan, sultan akan membuat kesimpulan bahawa kita tidak bersatu kerana satu daripada parti komponen (PAS) tidak memberi sokongan penuh kepada (presiden PKR Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail),” katanya.

Mujahid berkata keputusan mesyuarat terakhir parti itu tidak selari dengan keputusannya pada 17 Ogos untuk mencalonkan Wan Azizah serta timbalan presiden PKR, Azmin Ali untuk jawatan tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat pada malam tadi kerana mengikuti satu program di Tehran.

Tiada ulasan: