MALAYSIAKINI
DAP Selangor memutuskan bahawa satu pilihan raya negeri mungkin perlu
dijalankan sebagai langkah terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik
yang berlarutan di negeri itu.
Sumber parti menyebut, mesyuarat itu dijalankan selepas PAS menyatakan pendirian berbeza mengenai isu tersebut semalam.
Menurut sumber berkenaan, berbagai senario dibincangkan, termasuk kemungkinan berlaku peralihan kuasa yang lancar.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi pagi ini mengesahkan
bahawa kemungkinan menghadapi pilihan raya mengejut itu turut
dibincangkan.
“Kami memaklumkan kepada kesemua wakil DAP negeri mengenai perkembangan
terbaru ini dan meminta mereka bersedia menghadapi semua kemungkinan
pada jam 4 petang ini,” katanya.
Beliau merujuk kepada sidang media Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang dijadualkan pada jam 4 petang ini.
Khalid terdahulu akan bertemu dengan sultan dan dijangka akan mengesyorkan kepada baginda untuk membubarkan DUN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan