Ahli Majlis Pimpinan Pusat KeADILan, Yahya Sahri berkata, Mahathir tidak sekadar membuat kritikan keras terhadap Najib kerana kelemahan pentadbiran, tetapi berusaha mengukuhkan kedudukan anaknya di dalam Umno.
“Tindakan Mahathir ini ibarat serampang dua mata dan ada kena mengena dengan kedudukan anaknya, Mukhriz.
“Mahathir sedar Najib mahu sepupunya Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri, tetapi dalam masa sama Mahathir juga mahu anaknya menyambung legasi pentadbirannya.
“Saya yakin, sudah pasti Mahathir yang lantang mengkritik itu tidak akan duduk diam sehingga Najib dapat disingkirkan,” jelas Yahya,
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) meminta bekas Presiden Umno itu menghentikan “perang dingin” secara terbuka dengan Perdana Menteri ke enam itu.
Sementara itu, beberapa blogger Umno yang dilihat lantang sebelum ini, tetap mempertahankan kritikan Mahathir antaranya, Dato’ Seri Syed Ali Alhabshee yang menyifatkan kritikan Mahathir itu sebagai ikhlas dan menyeru pemimpin Umno supaya berlapang dada.
Seorang lagi blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai “Sang Kelembai” antara lain menulis kritikan terbuka Mahathir bukan sahaja kepada pentadbiran Najib, tetapi juga Majlis Tertinggi (MT) Umno secara keseluruhan.
Setiausaha BN Bandar Tun Razak itu, dilapor berkata, seluruh MT Umno wajar memahami bahawa kritikan tersebut sebenarnya ditujukan kepada mereka selaku pemutus dasar parti.
Mengulas lanjut, Yahya berkata, masih terdapat ramai pemimpin Umno, termasuk blogger mereka yang tidak menyatakan pendirian berhubung kritikan Mahathir kerana mahu “bermain selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan