KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad
Yakob di pejabat menteri besar di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari
ini.
Muhyiddin tiba pada pukul 12.30 tengah hari dan dipercayai pertemuan
itu diadakan berkaitan dengan bencana banjir besar yang berlaku di
negeri ini baru-baru ini.
Turut hadir dalam pertemuan kira-kira 50 minit itu ialah Pengerusi
Jawatankuasa Khas Bencana Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa
Mohamed dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Thajudeen
Abdul Wahab.
Timbalan perdana menteri yang mengadakan lawatan sehari bagi meninjau
keadaan pasca banjir, kemudian mempengerusikan mesyuarat koordinasi
pelan tindakan pasca banjir negeri Kelantan di Hotel Sutera Inn Prima
pada pukul 2 petang.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan kemudian menyertai gotong royong
pembersihan akibat bencana banjir di Sekolah Kebangsaan Tanjung Cenak
di Pasir Mas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan