shahbudindotcom
Beberapa
majlis sudah diatur iaitu untuk tetamu diraja, jemputan luar negara,
pemimpin kerajaan, korporat, pemimpin dan ahli UMNO serta pengundi di
Pekan.
Tetapi
kira-kira sebulan sebelum majlis itu berlangsung, perbualan ramai
mengenai kekayaan dan sumber kewangan Perdana Menteri dan keluarganya
semakin menjadi perbualan, bukan saja dalam negara bahkan sudah merebak
seantero dunia.
Ia
tidak lagi mengenai kos cat rambut (sebagaimana yang disebut oleh
Rosmah walaupun istilah yang sebenarnya ialah mewarnakan rambut) atau
upah menempah baju, pemilikan barang kemas, beg tangan atau pembelian
hartanah mewah di AS, tetapi kini turut berjangkit kepada isu harta
peninggalan Almarhum Tun Razak, bekas Perdana Menteri kedua yang juga
merupakan bapa kepada Najib.
Berikutan
jawapan Pejabat Perdana Menteri atau PMO kepada New York Times bahawa
kekayaan dan perbelanjaan mewah Rosmah sebagaimana yang dihebohkan dalam
pelbagai media, sebahagiannya adalah merupakan harta pusaka bapanya,
keempat-empat adik Najib lantas mengeluarkan kenyataan bersama menolak
tanggapan tersebut.
Keempat-empat
adik Najib secara jelas menyatakan bahawa bapa mereka terkenal dengan
sifat jimat-cermat dan intergeriti yang tinggi serta melahirkan rasa
bimbang mengenai spekulasi harta peninggalan itu.
Jika
difahami kenyataan bersama empat adik Najib itu jelas tertumpu kepada
semakin meningkatnya pelbagai pendedahan mengenai kemewahan dan gaya
hidup yang diamalkan oleh kakak ipar mereka, Rosmah Mansor.
Ini
kerana yang ternampak bermewah bukan Najib dan anak-anaknya tetapi
lebih melibatkan Rosmah dengan anaknya bersama suami terdahulu, Reza
Aziz yang merupakan anak tiri Perdana Menteri.
Sebaliknya
anak-anak Najib, sama ada daripada perkahwinan terdahulu atau dengan
Rosmah, tidak pula kedengaran mengamalkan gaya hidup mewah dan memiliki
hartanah yang mahal-mahal.
Sudah
tentu jika segala kemewahan itu dikaitkan dengan harta peninggalan Tun
Razak, ia bakal mencemarkan nama baik bekas Perdana Menteri yang juga
dikenali dengan Bapa Pembangunan itu.
Jika
sebelum ini gaya hidup dan kemewahan Rosmah sudah banyak membimbangkan
ramai pemimpin UMNO di peringkat akar umbi dengan mengatakan seolah-olah
mereka ada tugas tambahan untuk mempertahan dan membela isteri Perdana
Menteri pula, kini jelas bahawa adik-beradik Najib semakin dibasahi
tempiasnya.
Sebelum
itu juga rakyat pelbagai lapisan sudah banyak bercakap mengenai
kemewahan dan gaya hidup Rosmah berikutan terdedahnya di media satu demi
satu mengenai pemilikan atau pembelian barangan mewahnya itu.
Dengan
rekod pernah menolak pembinaan kolam renang untuk kegunaan anak-anaknya
menggunakan duit kerajaan di Seri Taman atas alasan berjimat cermat dan
tidak mahu menyalahgunakan wang kerajaan, apa yang didedahkan melalui
pelbagai kemewahan melibatkan Rosmah dan Reza ini secara tidak langsung
mampu "membunuh" semua legasi baik Tun Razak dan berlawanan sekali
dengan keperibadiannya yang sebenar yang memang menjadi pengetahuan umum
selama ini.
Dan
menjelang majlis perkahwinan anak perempuan Najib dan Rosmah nanti,
pastilah sekali lagi isu perbelanjaan dan kemewahan akan berbangkit
kembali. Di sana sini ketika ini sudah mula kedengaran sosek-sosek
tentang jamuan, perhiasan, cenderahati kepada tetamu, pertukaran
langsir, karpet, rombongan ke Kazakhstan dan sebagainya yang melibatkan
majlis tersebut.
Sekali
lagi, segala kemewahan ini lebih dikaitkan dengan kehendak Rosmah
berbanding dengan keinginan anaknya sendiri yang melangsungkan
perkahwinan itu.
Apakah
jika segala kemewahan itu terdedah nanti, PMO sekali lagi mengaitkannya
sebagai perbelanjaan peribadi Najib yang sebahagiannya datang daripada
harta pusaka Tun Razak juga?
Sama
ada hubungan Najib dengan adik-beradiknya mulai retak atau tidak
disebabkan elemen kemewahan yang tidak terkawal ini, hakikatnya
kebimbangan mengenai subjek Rosmah sudah semakin meluas ketika ini.
Dalam
ertikata yang lain, kesusahan yang diakibatkan oleh "First Lady" ini
semakin dirasai dan mula menyentap hati ramai orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan