HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 Februari 2015

Rambut Rosmah tarik perhatian global

MALAYSIAKINI



 


Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, sekali lagi menjadi perhatian dunia, kali ini berkaitan perbelanjaan dandanan rambutnya.

Laporan agensi berita AFP berkaitan kos dandanan rambut RM1,200 itu disiarkan kembali oleh tabloid Britain The Daily Mail, The Straits Times (Singapura) dan South China Morning Post (Hong Kong).

Agensi berita antarabangsa itu menyebut bahawa Rosmah, yang "sering diperolok-olok ekoran cita rasa mewah", mendapat kritikan baru susulan kenyataannya pada Isnin.

Kebanyakan kritikan daripada rakyat Malaysia itu dipetik daripada media sosial.

Portal isu serantau Asian Correspondent (United Kingdom) dan Today Online (Singapura) juga melaporkan bagaimana komen itu memberi masalah kepada Rosmah.

Rosmah dalam majlis taklimat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada isteri-isteri menteri dan timbalan menteri kelmarin mengeluh tentang perkhidmatan rumah ke rumah yang semakin mahal.

Sebagai contoh, beliau membangkitkan pengalamannya dikenakan bayaran RM500 untuk membuat baju kurung dan RM1,200 untuk dandanan rambut.

Rosmah sudah berulang kali menjadi sasaran kritikan selepas dikaitkan dengan kehidupan mewah.

Baru-baru ini The New York Times melaporkan ia mempunyai dokumen menunjukkan pembelian barang kemas jutaan dolar yang dikaitkan dengan Rosmah.

Tiada ulasan: