KOTA BHARU - Pas memberi amaran kepada DAP supaya tidak mengugut parti
itu keluar dari komponen PR kerana mahu meneruskan ageda perlaksanaan
Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, kata Timbalan Setiausaha Agung Pas,
Datuk Takiyuddin Hassan.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, DAP yang perlu
bertindak keluar dari gabungan tersebut jika tidak bersetuju dengan
cara dan perjuangan yang dilakukan oleh Pas.
Beliau mengulangi pendirian Pas Kelantan untuk meneruskan perlaksanaan
undang-undang ini termasuk membentangkan rang undang-undang pindaan di
sidang Dun negeri pada 19 Mac serta membawa ke parlimen dalam tempoh
terdekat.
“PR bukan kepunyaan DAP, kita juga tak ada ketua, kalau dia tak setuju
dia boleh keluar, kenapa nak suh kita keluar,”katanya semasa memberi
penerangan kepada media berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah
Syariah II Kelantan di sini semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas seperti keluar PR jika bentang pindaan hudud]
Sementara itu Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
berkata, masa depan PR, termasuk kemungkinan gabungan itu berpecah
bergantung kepada tindakan DAP.
“Dap tidak boleh keluarkan kita, tidak ada hak, kalau suami boleh
ceraikan isteri, tetapi sekarang tiada istilah suami isteri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan