Umno Pulau Pinang mengesahkan bahawa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah dilucutkan jawatannya sebagai naib ketua Umno bahagian Batu Kawan kerana muflis.
“Pelucutan jawatan beliau adalah selaras dengan Perlembagaan Umno dan Peraturan-Peraturan Persidangan Umno,” kata Musa dalam satu kenyataan hari ini.
“Ia juga selaras dengan Perkara 9A (1)(d) Akta Pertubuhan 1966 yang menyatakan seorang bankrap yang belum dilepaskan tidak boleh memegang sebarang jawatan di dalam pertubuhan.
"Beliau telah diisytiharkan sebagai seorang bankrap oleh Mahkamah pada 24 Mei 2014 dan satu laporan mengenai kebankrapan dirinya telah dibuat ke ibu pejabat Umno Malaysia,” kata Musa.
Bagaimanapun, tambahnya, Khairuddin masih kekal sebagai ahli Umno dan masih boleh menghadiri persidangan tahunan di peringkat cawangan yang beliau menjadi ahlinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan