MALAYSIAKINI
Kempen bagi pemilihan barisan kepimpinan PAS Jun ini mungkin
dilihat persaingan antara golongan konservatif dan pro-reformis dalam
parti itu, tetapi seorang pemimpin tertingginya kini mendakwa ia turut
membabitkan "kuasa ketiga".
Perwakilan PAS berhimpun setiap dua tahun untuk mengundi memilih barisan
kepimpinan baru, dan kempen untuk jawatan biasanya mulai hangat enam
bulan lebih awal daripada tarikh muktamar berlangsung.
Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa kempen
yang panas menjelang muktamar itu nampaknya didorong oleh apa yang
disifatkannya sebagai "struktur yang lebih besar".
Beliau tidak menolak terdapat “tangan tersembunyi” musuh politik PAS,
iaitu Umno, di sebalik kempen untuk mencemarkan pemimpin yang dipanggil
progresif dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ahli
jawatankuasa pusat, Dr Hatta Ramli.
Mujahid mendakwa kempen tersebut menjadi tidak bersih kerana ia bukan lagi di antara golongan ulama dan progresif dalam PAS.
Beliau menegaskan demikian ketika ditemui di majlis sambutan Tahun Baru
Cina oleh biro perpaduan nasional PAS Pulau Pinang di Bayan Lepas malam
tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan